KUALA LUMPUR: Sejumlah 36,426 kompaun bernilai lebih RM18 juta telah dikeluarkan sepanjang tahun lepas hasil tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 bagi pencegahan dan kawalan penyakit demam denggi.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata dalam tempoh yang sama, sebanyak 4,264 kes juga telah didaftarkan untuk tindakan mahkamah dengan 911 kes telah disabitkan kesalahan dengan jumlah denda RM2,349,950.
"Untuk tempoh Disember sahaja, sejumlah 2,470 kompaun bernilai RM1.2 juta dikeluarkan dengan purata RM500 setiap kompaun. Sejumlah 426 kes juga didaftar untuk tindakan mahkamah dan 48 kes telah disabitkan kesalahan di mahkamah dengan jumlah denda RM188,550," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, katanya melalui penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004, sejumlah 112,455 notis kesalahan telah dikeluarkan sepanjang tahun lepas hasil lawatan ke 246,982 premis.
Sebanyak 63,039 kompaun telah ditawarkan dengan nilai tawaran lebih RM16 juta, katanya.
Dr Muhammad Radzi berkata melalui tindakan penguatkuasaan Akta Makanan 1983 pula, sebanyak 104,925 premis makanan telah diperiksa dengan 2,242 premis daripadanya diperintah tutup sementara.
"Tindakan penutupan sementara premis makanan yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 sebagai langkah menjamin kebersihan premis serta makanan yang dihidangkan," katanya.
Beliau berkata kementerian sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan untuk kesejahteraan rakyat di negara ini termasuk mengambil tindakan penguatkuasaan undang-undang kesihatan demi kepentingan kesihatan awam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 16 2024
Jangan pelihara ini! Sebanyak 4,264 kes juga telah didaftar untuk tindakan mahkamah dengan 911 kes telah disabitkan kesalahan dengan jumlah denda RM2,349,950. - Gambar hiasan/Bernama
JKDM rampas minuman keras, rokok seludup bernilai lebih RM500,000
JKDM berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok dan minuman keras pelbagai jenama bernilai lebih RM500,000 di Johor.
Ejen insurans didakwa rompak lelaki sehingga cedera
Seorang ejen insurans mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan dan menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki.
Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat perhatian PM
Gambar sebuah keluarga yang tular memaparkan ibu menggendong bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan mendapat perhatian Perdana Menteri.
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
[TERKINI] Keadaan Koperal Hasif stabil, masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, di Johor Bahru.
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Jabatan Kesihatan keluar 148 kompaun kepada peniaga bazar Ramadan di Terengganu
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) telah mengeluarkan 148 kompaun berjumlah RM15,450 kepada peniaga bazar Ramadan di seluruh negeri setakat Ahad lepas.
15 ladang babi diarah tutup, 204 kompaun dikeluarkan
Sebanyak 15 daripada 116 premis ternakan babi di seluruh Seberang Perai telah disekat dan dibatalkan Lesen Premis Veterinar sejak tahun lalu.
8,803 kompaun lebih RM2 juta dikeluarkan atas kesalahan merokok, kawalan demam denggi
Sebanyak 8,803 kompaun bernilai lebih RM2 juta dikeluarkan KKM pada bulan lepas atas kesalahan merokok dan kawalan demam denggi.
Kontraktor wajib pastikan PPK sentiasa sah - CIDB
Ia perlu diaktifkan sebelum melakukan sebarang aku janji, menjalankan atau menyiapkan kerja pembinaan bagi mengelakkan dari dikenakan tindakan pendakwaan.
Lebih RM18 juta kompaun dikeluar cegah demam denggi
Sebanyak 4,264 kes juga telah didaftar untuk tindakan mahkamah dengan 911 kes telah disabitkan kesalahan dengan jumlah denda RM2,349,950.
Lebih RM1 juta kompaun kesalahan merokok dikeluarkan
Kompaun itu merupakan hasil aktiviti penguatkuasaan kementerian terhadap 23,093 premis yang dilawati sepanjang September lalu.
Premis perniagaan enggan kibar Jalur Gemilang akan dikompaun - Datuk Bandar Ipoh
Semua premis perniagaan di bandar raya ini yang enggan mematuhi notis arahan pemasangan Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan akan dikenakan kompaun RM250.
Aedes: 3,665 kompaun dikeluarkan di Johor
Sebanyak 3,665 kompaun berjumlah RM1.82 juta telah dikeluarkan kepada pemilik premis di Johor sejak Januari hingga hari ini, kerana membiarkan premis mereka menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Saifuddin dedah MBI Kedah terima kompaun curi nadir bumi
Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri turut mendedahkan, kejadian itu berlaku pada 24 September 2022 pada jam 2.30 petang di Kampung Chong, Sik.
Majikan abai keselamatan dan kesihatan pekerja boleh dikompaun
Kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan mana-mana majikan yang mengabaikan aspek Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP).