KUALA LUMPUR: Lebihan kematian semasa wabak COVID-19 di Malaysia adalah lebih rendah berbanding kebanyakan negara, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata, analisis lebihan kematian itu dibuat dengan membandingkan jumlah kematian sebelum, semasa dan selepas pandemik COVID-19.
Lebihan kematian semasa pandemik COVID-19 adalah jumlah kematian direkodkan dalam tempoh itu, dan dibandingkan dengan jumlah kematian yang dijangka berdasarkan trend direkodkan sebelum pandemik COVID-19.
Beliau berkata kajian mengenai lebihan kematian yang dijalankan Institut Kesihatan Umum Kementerian Kesihatan itu membolehkan perbandingan lebihan kematian antara Malaysia dengan negara lain dari segi keberhasilan mengawal COVID-19 dan mengawal jumlah kematian dalam negara.
"Kita berjaya mencari keseimbangan antara langkah kawalan yang dilaksanakan untuk mengurangkan penularan jangkitan COVID-19 dan mengelakkan terlalu banyak gangguan (sistem) kesihatan negara dan mengelakkan jumlah kematian yang melonjak," katanya menerusi sesi taklimat media di platform Zoom hari ini.
Melalui kajian itu, beliau berkata KKM dapat memahami perubahan corak kematian yang membolehkan kementerian mengukur perubahan dalam sistem kesihatan dan masyarakat.
Katanya, ini akan menyumbang kepada penambahbaikan untuk dilaksanakan KKM bagi mengelakkan kematian seperti menambah baik sistem perkhidmatan di unit rawatan rapi di hospital.
Selain itu, Dr Noor Hisham berkata lebihan kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia adalah dianggarkan 15 juta orang, lebih dua kali ganda dengan kematian rasmi yang dilaporkan iaitu lebih enam juta individu.
Ketua Unit Pusat Penyelidikan Tinjauan Institut Kesihatan Umum Institut Kesihatan Negara Dr G. Shubash Shander ketika membentangkan analisis 'Excess Mortality during COVID-19 in Malaysia' dari Mac 2020 hingga Dis 2021 pula mendedahkan lebihan kematian negara berada pada kadar rendah iaitu 2.4 peratus.
"Analisis lebihan kematian dapat mengenal pasti impak sebenar pandemik COVID-19 terhadap bilangan kematian akibat COVID-19...sama ada disebabkan COVID-19 atau sebab-sebab lain, semua kematian diambil kira dalam pengiraan (analisis) ini.
"...satu lagi kepentingan (analisis) lebihan kematian ini adalah jika terdapat kes COVID-19 yang tidak dikesan, iaitu kita tidak mengetahui ia adalah kes COVID-19 dan tidak dilaporkan sebagai kes kematian COVID-19, ini dapat dilihat dalam lebihan kematian kerana kita mengambil kira semua kematian," katanya.
Beliau berkata analisis itu mengguna pakai data kematian diperoleh daripada Jabatan Pendaftaran Negara, dan data kemasukan ke hospital daripada Pusat Informatik Kesihatan Kementerian Kesihatan dari 2015 hingga 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 25 2022
Dr Noor Hisham berkata, analisis lebihan kematian itu dibuat dengan membandingkan jumlah kematian sebelum, semasa dan selepas pandemik COVID-19. - KKM
AWANI 7:45 [23/04/2024] – Ditukar kepada majlis tahlil dan doa | Tujuh lelaki dan tiga wanita | Desakan semakin kuat
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Perginya perajurit negara, sambutan Ulang Tahun ke-90 TLDM dibatalkan
- Perkembangan terkini pasca nahas helikopter TLDM
- Kuasa-kuasa besar lobi Turki, hentikan Misi Flotila
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Perginya perajurit negara, sambutan Ulang Tahun ke-90 TLDM dibatalkan
- Perkembangan terkini pasca nahas helikopter TLDM
- Kuasa-kuasa besar lobi Turki, hentikan Misi Flotila
#AWANInews
Jabatan Bantuan Guaman perlu main peranan dalam pelbagai kes, bukan hanya jenayah - Azalina
JBG diwujud bagi memberikan khidmat bantuan guaman kepada mereka yang layak berpandukan Akta Bantuan Guaman 1971.
AWANI Ringkas: Sambutan dibatalkan, digantikan dengan doa selamat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: Laman sosial 503 Squadron dihujani doa, ucapan takziah
Satu daripada empat gambar yang dimuat naik itu memaparkan lima anggota TLDM melambai rakan mereka yang berlepas ke Lumut.
KPDN gesa syarikat kenderaan pengangkutan barangan segera kad fleet
KPDN menggesa syarikat kenderaan pengangkutan barangan di Semenanjung Malaysia yang terpilih untuk segera memohon kad fleet.
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah
Pada 5 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 fizikal berada pada 762 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 717 sen sekilogram.
Kemasukan ke hospital kerana hisap 'vape', termasuk golongan kanak-kanak meningkat 733 peratus dalam 4 tahun
Kemasukan kanak-kanak kerana penyakit berkaitan mengevap merupakan enam peratus daripada jumlah kemasukan keseluruhan dalam tahun 2020.
Nahas helikopter: KPWKM sedia beri bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa
KPWKM bersedia memberikan bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut, Perak pagi ini.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.05 mata kepada 1,561.64 daripada 1,559.59 pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7785/7820 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7750/7785 pada Isnin.
KKM batal notifikasi enam produk kosmetik mengandungi racun berjadual
Penjual dan pengedar produk berkenaan perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta.
Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam meningkat minggu lepas
Kes baharu naik 5.2% (1,367 kepada 1,438 kes), kes sembuh turun 8.8% (1,497 kepada 1,365), kes kematian naik 300% (dua kepada lapan).
Kes denggi meningkat minggu lepas - KKM
Sepanjang tempoh tersebut 2,149 kes demam denggi dilaporkan, meningkat sebanyak 182 kes atau 9.3 peratus.
Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan menurun 6.5 peratus
Tiada perubahan dari segi peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 6/2023, berbanding ME 5/2023, bagi katil bukan kritikal.
Malaysia pengerusi mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO buat pertama kali
Malaysia dilantik ahli Lembaga Eksekutif WHO mewakili rantau Pasifik Barat bagi tempoh tiga tahun bermula Mei 2021.
Kes denggi catat penurunan minggu lepas
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 8,968, berbanding 2,948 kes bagi tempoh sama tahun 2022.
Genap tiga tahun negara 'diserang' COVID-19
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah merakamkan penghargaan kepada kesemua staf barisan hadapan yang bertungkus-lumus sejak kes pertama dilaporkan.
KKM arah premis ditutup 14 hari berikutan insiden tikus 'jamah' ayam
Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan media memberitahu, lokasi kejadian dikenal pasti di Pandan Indah, Kuala Lumpur.
Ubat batuk, selesema dari India tidak didaftarkan di Malaysia
KKM menerusi NPRA akan menjalankan pemantauan secara berterusan berkaitan kejadian ini.
Laporan kesihatan Najib: KKM terikat etika kerahsiaan pesakit - Dr Noor Hisham
Laporan kesihatan Najib hanya boleh dikemukakan kepada mahkamah sekiranya diarahkan oleh badan perundangan itu.