Datuk Seri Najib Tun Razak yakin pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak akan menjadi pemangkin transformasi kehidupan rakyat dan membawa pertumbuhan ekonomi yang pesat di negeri itu.
Perdana Menteri berkata ia juga dapat merealisasikan usaha kerajaan melaksanakan pembangunan yang berpaksikan rakyat di Sarawak, memandangkan lebuh raya berkenaan merupakan penghubung bandar-bandar utama di negeri itu dan seterusnya bertemu dengan lebuh raya di Sabah.
"Impian saya untuk melihat pembangunan sama rata dan pengurangan jurang antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak semakin menjadi kenyataan.
"Insya-Allah kita akan berusaha melaksanakan projek ini bersama," katanya dalam catatan terbaharu blog www.najibrazak.com hari ini.
Semalam, Perdana Menteri menyaksikan pemeteraian perjanjian pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak sepanjang 1,090 kilometer di Sarawak melibatkan kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri Sarawak dan Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd (LBU) di Putrajaya.
Perjanjian itu ditandatangani Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Datuk Seri Zohari Akob, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan Pengerusi LBU Tan Sri Abang Ahmad Urai Hakim Abang Mohideen.
Turut hadir menyaksikan majlis menandantangani perjanjian itu ialah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.
Fasa pertama pembinaan lebuhraya itu melibatkan jajaran sepanjang 773 kilometer yang dijangka dimulakan pada September ini.
Lebuhraya Pan Borneo Sarawak merupakan sebahagian daripada Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 2,239 kilometer akan menjadi penghubung bandar-bandar utama di Sabah dan Sarawak.
Menurut Najib, sebagaimana Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) telah membuka peluang pembangunan dan penambahbaikan perhubungan antara bandar di Semenanjung Malaysia, perkara sama boleh dicapai melalui pembinaan Lebuhraya Pan Borneo.
Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo melibatkan kos keseluruhan RM27 bilion dan dijangka siap pada tahun 2020.
Bernama
Wed Jul 01 2015
Najib (berdiri, tengah) menyaksikan pemeteraian perjanjian pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak sepanjang 1,090 kilometer di Sarawak melibatkan kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri Sarawak dan LBU di Putrajaya.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Dewan Perniagaan Malaysia ASEAN penghubung komuniti perdagangan serantau
Diterajui Dewan Perniagaan Malaysia Kemboja (MBCC), badan pusat yang baru dilancarkan itu terdiri daripada Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.
Rusia lihat prospek baik untuk kerjasama BRICS, ASEAN - Timbalan Menteri Luar
ASEAN tidak terlibat dalam "konfrontasi blok" dan memainkan peranan penting dalam membentuk rantau yang inklusif, seimbang, dan telus.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia utama kerjasama ekonomi, pembangunan lestari - PM Anwar
Malaysia juga akan turut memperluas kerjasama ekonomi ASEAN dan menggalakkan pertumbuhan serta pembangunan yang lebih terangkum dan lestari.
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 5 peratus tahun depan - MARC Ratings
MARC Ratings Berhad menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kekal kukuh sekitar 5 peratus.
Orang ramai beratur panjang beri penghormatan terakhir kepada Ananda Krishnan
Orang ramai mula beratur panjang seawal pukul 2 petang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd, Ananda Krishnan Tatparanandam di kediamannya di Brickfields.
'Internet tak laju, PMKS tak maju', Unifi Business tawar solusi pendigitalan
Infrastruktur, kepantasan dan pakej mampu milik Internet memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan PMKS dapat mengembangkan perniagaan, menembusi pelbagai pasaran.
Memperkasa identiti bandar moden melalui pemeliharaan warisan - Rahim & Co
Pemeliharaan warisan adalah elemen yang sangat penting dalam setiap fasa pembangunan bandar, baik dalam projek pembaharuan mahupun pembangunan semula.
Pelabur Pakistan tunjuk minat dalam sektor cip di Malaysia
Industri semikonduktor merupakan satu daripada bidang kerjasama baharu utama antara Malaysia dan Pakistan.
Kerajaan ingin jadikan aset tanah di Kelantan pemangkin ekonomi industri makanan, pertanian
Di Kelantan, aset tanah masih banyak yang belum diterokai dan Kerajaan Persekutuan sedang memikirkan cara aset-aset itu boleh dimanfaatkan.
Malaysia di landasan tepat jadi hab perniagaan bagi pihak berkepentingan Perancis di ASEAN
Kedudukan Malaysia, dengan ekonomi yang kukuh dan pelbagai, menawarkan akses yang tiada tandingan kepada blok ASEAN yang pesat berkembang.