awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis bongkar makmal proses syabu dalam kebun durian, 1.2 tan dadah dirampas
Proses daftar masuk, kenaikan penumpang kembali normal - MAHB
Firefox bakal hadir dengan ciri mematikan fungsi AI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebuhraya SPRINT ditutup pada 6 September untuk pembinaan jejambat

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
02/09/2015
12:25 MYT
Lebuhraya SPRINT ditutup pada 6 September untuk pembinaan jejambat
Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) bersama rakan pelaksana projeknya MMC-Gamuda, hari ini mengumumkan penutupan Lebuhraya SPRINT pada 6 September.
Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) bersama rakan pelaksana projeknya MMC-Gamuda, hari ini mengumumkan penutupan Lebuhraya SPRINT pada 6 September.
Timbalan Pengurus Pembinaan MMC-Gamuda, Adil Putra Ahmad berkata penutupan lebuhraya dari kilometer 3.6 di hadapan Phileo Damansara dan Eastin Hotel, adalah untuk pembinaan jejambat bersambung.
Menurutnya, dengan adanya jejambat itu, pengguna perkhidmatan MRT boleh mengakses stesen dari lebuhraya dari Seksyen 16.
“Penutupan ini adalah perlu kerana kami memerlukan ruang kerja minimum yang selamat untuk menampung jentera berat yang diperlukan untuk kerja-kerja pemasangan.
“Kami memahami kesan penutupan jalan seperti ini dan kami telah menyediakan laluan alternatif bagi pengguna jalan raya dalam tempoh ini.
“Di samping itu, papan tanda trafik akan diletakkan di tapak dan kawasan sekitarnya untuk membimbing pemandu dan untuk mengurangkan risiko keselamatan kepada pengguna jalan raya,” katanya dalam satu sidang media yang diadakan di sini, hari ini.
Beliau berkata akan ada tiga alternatif jalan untuk penutupan lebuhraya selama 18 jam itu.
“Trafik dari Bangsar akan dialihkan ke Jalan Abu Bakar. Trafik dari TTDI akan dialihkan ke Jalan Damansara (di hadapan Glomac) dan bersambung di Lebuhraya SPRINT dan bersambung balik ke SS17/21.
“Trafik dari tol Damansara akan dialihkan ke Jalan 17/21 (U-turn dari Jalan 16/11 akan disekat dan dialihkan ke Jalan 17/12 atau LDP dan Plus Highway,” katanya.
Beliau juga menasihatkan pengguna jalan raya untuk mengelakkan kawasan penutupan jalan dan menggunkanan laluan alternatif .
Topic Berkaitan
#Adil Putra Ahmad
#MMC-GAMUDA
#MRT Corp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan