GEORGE TOWN: Ketua Menteri Chow Kon Yeow mengesahkan Datuk Seri Lee Kah Choon telah meletak jawatan sebagai Penasihat Khas Pelaburan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang pada 2 Okt lepas.
Katanya beliau telah menerima surat peletakan jawatan itu daripada Lee dengan notis sebulan, dan Lee turut mengemukakan peletakan jawatannya sebagai ahli lembaga pengarah Invest Penang.
Beliau berkata Lee telah menyatakan kesediaannya untuk melepaskan mana-mana atau semua jawatan yang disandangnya iaitu ahli lembaga pengarah Invest Penang, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Penang Hill Corporation.
"Bagi pihak kerajaan Pulau Pinang, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Lee atas sumbangan besar beliau kepada pembangunan negeri Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan hari ini.
"Pada 26 September lepas, saya telah memaklumkan Datuk Seri Lee Kah Choon bahawa beliau telah digantikan sebagai pengarah PDC berikutan pelantikan baharu ke Lembaga Pengarah perbadanan itu dan beliau memahami situasi berkenaan," katanya sambil menambah bahawa Lee memberitahunya, bahkan sebelum pilihan raya umum lagi bahawa Lee ingin meluangkan masa untuk memberi tumpuan kepada soal peribadi.
Sementara itu merujuk kepada penganugerahan projek Taman Perindustrian Byram kepada UMECH Construction Sdn Bhd, Chow berkata PDC telah menjalankan usaha wajar secara berterusan berdasarkan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat 28 November tahun lepas yang diadakan oleh jawatankuasa kecil.
Beliau berkata PDC telah menjalankan siasatan rasmi ke atas pendaftaran syarikat, profil syarikat, pengalaman, dan UMECH dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan kemudahan kredit daripada institusi kewangan sebagai bukti latar belakang kewangan syarikat.
"Lembaga Pengarah telah mengadakan mesyuarat untuk berbincang dan mendapatkan maklumat terkini mengenai projek itu pada 19 Ogos (2022), 28 Oktober (2022), 8 Disember (2022), 9 Februari (2023) dan 11 April (2023)," katanya.
Chow menjelaskan mesyuarat lembaga pengarah PDC 5/2022 bertarikh 28 Oktober 2022 membuat keputusan bahawa UMECH perlu membuat pembentangan terperinci berhubung konsep pembangunannya kepada ahli lembaga pengarah semasa mesyuarat khas pada 28 November.
"Sehubungan itu, sesi pembentangan telah dijadualkan pada 28 November yang dipengerusikan oleh saya sendiri dan dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri I ketika itu Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri II ketika itu P. Ramasamy, Datuk Abdul Halim Hussain dan Datuk Seri Lee Kah Choon," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 09 2023
Kata Chow, beliau telah menerima surat peletakan jawatan itu daripada Lee dengan notis sebulan. - Gambar fail/Facebook/Innovatif Plus
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Mesyuarat Khas WEF: Dunia saling tidak percaya akibat kebergantungan dipersenjatakan - Naib Presiden Suruhanjaya Eropah
Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, Josep Borrell Fontelles berkata fenomena hilang kepercayaan yang melanda komuniti antarabangsa ketika ini adalah akibat kebergantungan yang dipersenjatakan oleh beberapa pihak. Jelasnya, situasi ini boleh membawa kepada pengasingan negara-negara tertentu dari pentas global, seterusnya menghambat pelaksanaan agenda antarabangsa. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Lee Kah Choon letak jawatan Penasihat Khas Pelaburan - Chow
Ketua Menteri Chow Kon Yeow mengesahkan Datuk Seri Lee Kah Choon telah meletak jawatan sebagai Penasihat Khas Pelaburan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang pada 2 Okt lepas.