awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
Duta Norway ke Jordan letak jawatan susulan hubungan dengan Epstein
Isu ternak babi: Tiada larangan, tapi jangan ganggu sensitiviti, kesihatan penduduk - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lee Lam Thye bukti mampu berkhidmat kepada rakyat menerusi politik, NGO

Bernama
Bernama
02/08/2022
10:51 MYT
Lee Lam Thye bukti mampu berkhidmat kepada rakyat menerusi politik, NGO
Tan Sri Lee Lam Thye berkata beliau tidak pernah merindui dunia politik walaupun pernah menjadi wakil rakyat sebelum ini. - Gambar BERNAMA
KUCHING: Aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye berkata beliau tidak pernah merindui dunia politik walaupun pernah menjadi wakil rakyat sebelum ini, kerana beliau berjaya membuktikan dirinya mampu berkhidmat untuk rakyat sama ada melalui parti politik mahupun melalui Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Menurutnya, beliau telah berkhidmat kepada rakyat melalui jalan politik apabila menjadi wakil rakyat selama beberapa tahun, sebelum mengundur diri dari dunia politik pada tahun 1990.
"Sungguhpun saya sudah meninggalkan arena politik tetapi saya tidak pernah meninggalkan (khidmat) rakyat dan juga negara... sejak dulu sehingga hari ini saya masih berikan pelbagai khidmat kepada negara melalui pergerakan NGO.
"Saya juga sering beri pandangan (mengenai isu-isu semasa) di dalam media, penulisan dan juga ceramah," katanya ketika ditemui di majlis tandatangan biografinya yang bertajuk 'Call Lee Lam Thye - Recalling a Lifetime of Service' di sini, hari ini.
Buku yang diterbitkan dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin itu dikarang oleh wartawan Sofeah Chok Suat dan P. Selvarani. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lee Lam Thye
#wakil rakyat
#Call Lee Lam Thye
#Recalling a Lifetime of Service
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan