awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki 21 tahun ditemukan lemas di Pantai Pasir Bogak

Bernama
Bernama
30/09/2023
11:41 MYT
Lelaki 21 tahun ditemukan lemas di Pantai Pasir Bogak
Seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun, ditemukan lemas ketika mandi di laut Pantai Pasir Bogak, di Pulau Pangkor hari ini. - Gambar fail
IPOH: Seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun, ditemukan lemas ketika mandi di laut Pantai Pasir Bogak, di Pulau Pangkor hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya, menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada 3.05 petang.
Beliau berkata jentera dengan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pangkor, tiba di lokasi kejadian pada 3.25 petang dan terus melakukan pencarian.
"Pada 3.29 petang, ketua operasi memaklumkan mangsa telah ditemukan orang awam dalam jarak tujuh meter dari pantai dan anggaran kedalaman tiga meter, sebelum usaha menyelamat mangsa secara resusitasi kardiopulmonari (CPR), dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan.
"Mangsa telah dibawa ke Klinik Kesihatan Pulau Pangkor oleh EMRS (Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan) dan disahkan meninggal dunia," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sabarodzi berkata operasi tamat pada jam 3.55 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki ditemukan lemas
#Pantai Pasir Bogak
#Pulau Pangkor
#JBPM Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan