awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ada tujuh rekod jenayah lampau mati ditembak di Puchong Prima

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
14/01/2024
12:16 MYT
Lelaki ada tujuh rekod jenayah lampau mati ditembak di Puchong Prima
Hussein memberitahu, polis juga sedang melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti rakan-rakan suspek yang terlibat dalam jenayah. - Gambar Bernama
SUBANG JAYA: Seorang lelaki yang mempunyai tujuh rekod jenayah lampau ditembak mati dalam satu kejadian berbalas tembakan di hadapan Apartment Sri Acasia, Taman Puchong Prima, di sini pada Ahad.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, selain tujuh rekod jenayah, semakan juga mendapati lelaki itu mempunyai enam rekod jenayah narkotik dan satu rekod dikehendaki.
Menurutnya, dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang, polis terserempak sebuah kereta yang dalam keadaan mencurigakan.
"Apabila polis cuba mendekati kenderaan itu, suspek melepaskan tembakan dan menyebabkan pasukan polis berbalas tembakan itu," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Ahad.
Dalam pada itu, Hussein memberitahu, polis juga sedang melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti rakan-rakan suspek yang terlibat dalam jenayah.
Dalam pada itu, beliau turut meminta orang ramai supaya berhenti menyebarkan atau berkongsi video-video berkaitan kejadian Iitu di media sosial kerana boleh mendatangkan kegusaran kepada masyarakat.
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di talian 03-78627222 atau mana-mana balai polis berhampiran dengan segera.
Topic Berkaitan
#butiran lanjut
#pasukan forensik
#bahan bukti
#mati ditembak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan