awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kejayaan usahawan perintis tanaman bawang bukti keberkesanan kerjasama MARDI, petani
Bali akan periksa baki akaun simpanan pelancong asing dalam usaha promosi pelancongan berkualiti
AKPS Rantau Panjang rekod lebih 1.78 juta pergerakan keluar masuk sepanjang 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki bakar rumah, dipercayai alami tekanan susulan kematian ibu

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
10/06/2020
05:37 MYT
Lelaki bakar rumah, dipercayai alami tekanan susulan kematian ibu
Lelaki yang disyaki membakar rumahnya telah ditahan polis dan dibawa ke Balai Polis Alor Setar untuk tindakan lanjut. Astro AWANI
Akibat tekanan perasaan, susulan kematian ibunya baru-baru ini, seorang lelaki dipercayai sanggup membakar rumahnya sendiri.
Kejadian berlaku jam 9.20 pagi ini di Taman Seri Pantai, Anak Bukit, di sini.
Lelaki berusia 34 tahun itu, yang hanya berseluar panjang tanpa baju ketika kejadian, dikatakan turut menghalang anggota bomba menjalankan tugas memadam kebakaran.
Menurut jiran, Muazah Yaacob, 70 tahun, lelaki itu baru keluar dari pusat pemulihan dadah lima bulan lalu dan tinggal di rumah itu seorang diri.
Katanya, dia hanya mengetahui kejadian itu apabila menerima makluman melalui WhatsApp sebelum terdengar siren jentera bomba di hadapan rumah.
Muazah pada mulanya tidak menyangka berlaku kebakaran kerana tiada letupan atau asap ketika itu.
Bagaimanapun, dia kemudiannya keluar rumah dan ternampak api sedang menyambar bahagian dalam rumah jiran berkenaan.
Katanya, mujur anggota bomba cepat sampai, jika tidak mungkin api menyambar rumah bersebelahan.
"Saya baca mesej WhatsApp jam 9.40 pagi. Kemudian, saya naik atas, nampak asap api dalam bilik. Saya terkejut dan terasa hendak beritahu jiran di kiri kanan, tetapi mereka telah pun menghubungi bomba.
"Saya tak pasti sama ada tuan rumah (yang terbakar) itu sihat atau tidak. Rasanya dia kurang sihat. Dia keluar dengan tidak berbaju. Kemudian dia sendiri hulur tangan minta digari," katanya yang mengaku menyaksikan kejadian tersebut dari tingkat atas rumahnya.
Lelaki tersebut telah ditahan polis dan dibawa ke Balai Polis Alor Setar untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain memaklumkan, pihaknya menerima panggilan jam 9.33 pagi.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar yang diketuai Timbalan Penguasa Bomba Ahmad Naufal Abdullah tiba di lokasi jam 9.40 pagi.
Operasi disertai 15 anggota, dua penyelia dan seorang pegawai bersama dua jentera dan sebuah motosikal RIM.
Api berjaya dikawal lapan minit kemudian dengan anggaran kemusnahan 90 peratus.
Mohamadul Ehsan berkata, operasi turut disertai dua Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Berjaya dan Taman Mutiara seramai 11 orang.
Setakat ini, katanya, punca dan kerugian masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#Alor Setar
#bomba
#Dadah
#ibu meninggal dunia
#kebakaran
#Kedah
#meninggal dunia
#polis
#rumah hangus
#Sakit Mental
#siasatan
#tekanan perasaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan