awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki bakar rumah sendiri, berang ditegur isteri kerana mabuk

Bernama
Bernama
11/05/2020
04:08 MYT
Lelaki bakar rumah sendiri, berang ditegur isteri kerana mabuk
Semasa pihak bomba sampai ke tempat kejadian, rumah tersebut sedang terbakar dan pihak bomba berjaya memadam kebakaran tanpa sebarang kemalangan jiwa.- Gambar hiasan
Gara-gara tidak puas hati selepas ditegur isteri kerana mabuk, seorang lelaki bertindak membakar rumah sendiri di Taman Hijau, dekat Sitiawan, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Nor Omar Sappi berkata, bagaimanapun, dalam kejadian jam 11.45 malam itu, lelaki berusia 40-an tersebut melarikan diri ketika api sedang marak dan pihak polis kini sedang memburu suspek.
Beliau berkata semasa pihaknya sampai ke tempat kejadian, rumah tersebut sedang terbakar dan pihak bomba berjaya memadam kebakaran tanpa sebarang kemalangan jiwa.
"Berdasarkan keterangan isteri suspek, suspek baru sampai ke rumah dalam keadaan sangat mabuk sebelum isterinya menegur suspek kerana membuat bising ketika jirannya sedang tidur.
"Suspek tidak berpuas hati dan memarahi isterinya. Suspek berang dan memandu kenderaannya jenis Nissan X-Trail lalu melanggar rumah jiran sebelum masuk dan membakar rumahnya sebelum melarikan diri melalui pintu belakang rumahnya, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Nor Omar berkata pemeriksaan pihak bomba mendapati hampir 50 peratus bahagian dalaman rumah dan perabot hangus terbakar serta rosak dan kerugian keseluruhan dianggarkan kira-kira RM18,000.
"Pemeriksaan lanjut oleh pihak polis pula menjumpai sepucuk pistol tiruan yang berkarat dan sedikit terbakar di dalam sebuah bilik di dalam rumah tersebut," katanya.
Beliau berkata pihaknya sedang memburu suspek dan hasil siasatan mendapati suspek mempunyai lima rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#API
#bomba
#Dadah
#kebakaran
#kemalangan
#lelaki
#lelaki bakar
#mabuk
#manjung
#Nissan
#Nor Omar Sappi
#polis
#rumah
#siasatan
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan