awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ISTAF beri Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada Hannah
Tengku Permaisuri Selangor rasmi Majlis Puisi Dirgahayu Tuanku
Tiga tenaga import baharu perkuat Negeri Sembilan menjelang lawan JDT
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki bawa pemetik api bom tangan ditahan di Miri

Bernama
Bernama
04/01/2018
04:42 MYT
Lelaki bawa pemetik api bom tangan ditahan di Miri
ACP Lim Meng Seah berkata, ketika ditahan, suspek yang hendak menaiki penerbangan ke Johor Bahru mendakwa pemetik api tersebut dibeli di Johor Bahru. - Gambar fail
Polis menahan seorang lelaki berusia 23 tahun dari Limbang kerana memiliki pemetik api menyerupai bom tangan pukul 8.20 malam di Lapangan Terbang Miri pada Selasa lepas.
Ketua Polis Miri ACP Lim Meng Seah berkata suspek yang bekerja di Johor Bahru ditahan di balai berlepas Lapangan Terbang Miri ketika pemeriksaan bagasi tangan dilakukan ke atas beg pinggang suspek.
"Polis Bantuan yang melakukan pemeriksaan mengarahkan suspek membuka beg itu dan mendapati satu objek menyerupai bom tangan. Apabila ditanya, suspek menjawab ia adalah pemetik api," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Lim berkata ketika ditahan, suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan hendak menaiki penerbangan ke Johor Bahru dari Miri, mendakwa pemetik api tersebut dibeli di Johor Bahru.
Terdahulu Lim menyaksikan serah terima tugas Timbalan Ketua Polis Daerah Miri yang baharu iaitu Supt Mohamad Hafipi Mohd Salim, sebelum ini Ketua Polis Meradong, menggantikan ACP Stanley Johnathan Ringit yang dinaikkan pangkat menjadi Ketua Polis Daerah Sibu yang baharu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bom tangan
#Johor Bahru
#Lim Meng Seah
#pemetik api
#penerbangan
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan