awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki buat kenyataan menghasut tentang Thaipusam ditahan polis

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
11/02/2014
09:14 MYT
Lelaki buat kenyataan menghasut tentang Thaipusam ditahan polis
Status berunsurkan hasutan mengenai sambutan Thaipusam yang dimuatnaik di laman Facebook milik lelaki berkenaan.
Seorang lelaki yang menulis suatu status berunsurkan hasutan mengenai sambutan Thaipusam di laman Facebooknya, berjaya ditangkap oleh pihak polis.
Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui laman Twitternya hari ini.
Akhirnya 'MAN NANBLAST' yg muat kata2 berunsur hasutan semasa upacara Thaipusam tempoh hari, berjaya ditangkap tadi @PDRMsia
— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) February 10, 2014
Lelaki yang nama profil Facebooknya Man Namblast, menulis, 'Berpuluh ribu syaitan sedang berarak menaiki tangga Batu Cave', pada 17 Januari lepas.
Status tersebut yang ditujukan terhadap penganut Hindu yang menyambut Thaipusam di Batu Caves, telah menyinggung perasaan mereka dan menyebabkan kemarahan orang ramai.
Walaupun, akaun Facebook tersebut sudah ditutup, namun imbasan imej tersebut telah diedarkan dengan meluasnya di laman media sosial.
Hampir 200 laporan polis telah dibuat mengenai status tersebut dan Ketua Pemuda MIC C. Sivaraajh telah bertekad untuk membawa perkara itu ke mahkamah sekiranya tiada apa-apa tindakan diambil ke atas pemilik akaun itu.
Topic Berkaitan
#Man Nanblast
#Tan Sri Khalid Abu Bakar
#Thaipusam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan