awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki cabul gadis bawah umur dicekup

Sinar Harian
Sinar Harian
13/01/2023
03:40 MYT
Lelaki cabul gadis bawah umur dicekup
Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 1.10 tengah hari ketika gadis berkenaan berjalan menuju ke kereta ibunya setelah pulang dari sekolah. -Gambar hiasan
KLUANG: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki mencabul seorang gadis bawah umur di Jalan Tengku Bendahara, di sini pada Khamis.
Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Assisten Komisioner Bahrin Mohd Nor, kejadian dilaporkan berlaku pada jam 1.10 tengah hari ketika gadis berkenaan berjalan menuju ke kereta ibunya setelah pulang dari sekolah.
"Lelaki terbabit secara tiba-tiba memberhentikan motosikal dan bertanyakan sesuatu yang tidak difahami gadis berkenaan.
"Suspek kemudiannya memegang payu dara gadis berkenaan sebelum cuba melarikan diri dari lokasi kejadian.
"Gadis berkenaan yang terkejut dengan tindakan suspek melarikan diri ke arah kereta ibunya sebelum membuat laporan polis," katanya pada Jumaat.
Tambah Bahrin, suspek kemudiannya berjaya ditangkap di Jalan Yap Tau Sah dengan bantuan orang awam.
Kes akan disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat.
Siasatan awal mendapati suspek berusia 19 tahun dan beralamat di Kluang itu bekerja sebagai jurukimpal turut memiliki empat rekod jenayah lampau melibatkan Seksyen 448 Kanun Keseksaan, selain pernah ditangkap di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Ujian air kencing yang dilakukan terhadap suspek didapati negatif.
Mahkamah Majistret Kluang membenarkan permohonan reman terhadap suspek mulai hari ini (Jumaat). -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#cabul gadis bawah umur
#Jalan Tengku Bendahara
#Bahrin Mohd Nor
#Jalan Yap Tau Sah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan