Seorang pekerja kontrak yang videonya tular berhubung kejadian membunuh kucing bunting dalam pengering pakaian di sebuah dobi layan diri, dijatuhi hukuman 34 bulan penjara dan denda RM40,000 selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan mendatangkan penderitaan yang tidak sepatutnya ke atas haiwan itu.
Hakim Mahkamah Sesyen Selayang, Rasyihah Ghazali menjatuhkan hukuman itu dari tarikh jatuh hukum hari ini.
Rasyihah membuat keputusan itu terhadap K.Ganesh, 42, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Tegas Rasyihah, hukuman itu setimpal sebagai pengajaran supaya masyarakat tidak melakukan perbuatan zalim terhadap haiwan.
BACA: Bunuh kucing bunting guna pengering dobi, pekerja kontrak diarah bela diri
Pertuduhan dijalankan mengikut Seksyen 29 (1) (e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 29 (1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Tertuduh yang diwakili peguam S. Muthuveeran bagaimanapun meminta mahkamah menetapkan hukuman penjara dengan alasan tertuduh tidak mampu membayar denda.
K.Ganesh, bekerja sebagai pekerja kontrak tidak tetap dan hanya memperoleh pendapatan RM20 jika mempunyai tugasan untuk dilaksanakan.
Muthuveeran dalam hujah pembelaanya turut menegaskan, anak guamnya turut mempunyai tanggungan seorang yang isteri tidak bekerja, anak yang masih kecil berusia setahun dan turut menjaga bapanya yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 69 tahun.
Muthuveeran juga memohon penangguhan pelaksanaan hukuman itu sementara menunggu kes ini yang akan dirujuk ke Mahkamah Tinggi.
Mahkamah kemudian membenarkan, penangguhan pelaksanaan terhadap hukuman itu beserta syarat jaminan RM12,000 yang ditambah kepada RM 20,000.
Permohonan rayuan itu perlu difailkan tertuduh sebelum 12 November ini.
Seramai lapan saksi pendakwaan memberi keterangan dan seorang saksi pembelaan iaitu tertuduh memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula 3 April lalu.
Astro Awani
Tue Nov 05 2019
K. Ganesh menutup muka sewaktu dibawa keluar dari bangunan Mahkamah Sesyen Selayang hari ini. - Foto Astro AWANI
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
Lelaki campak kucing bunting ke dalam mesin dobi dihukum penjara 34 bulan
Seorang pekerja kontrak yang videonya tular berhubung kejadian membunuh kucing bunting dalam pengering pakaian di sebuah dobi layan diri, dijatuhi hukuman 34 bulan penjara dan denda RM40,000.