awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki cedera ditetak dalam cubaan samun ketika joging

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
10/11/2023
02:55 MYT
Lelaki cedera ditetak dalam cubaan samun ketika joging
Siasatan awal polis mendapati, suspek menaiki motosikal dengan bersenjatakan parang telah datang ke arah mangsa dan cuba merampas beg mangsa. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki mengalami detik cemas apabila cuba disamun ketika berjoging di kawasan perumahan Seksyen 27, Shah alam, jam 5.50 pagi, pada Khamis.
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, pihaknya menerima laporan daripada kakak mangsa pada sebelah malam.
"Berdasarkan siasatan awal, suspek menaiki motosikal dengan bersenjatakan parang telah datang ke arah mangsa dan cuba merampas beg mangsa.
"Mangsa bagaimanapun telah menarik semula beg miliknya sehingga menyebabkan suspek bertindak mencederakan mangsa.
"Akibat pergelutan itu, mangsa mengalami kecederaan dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Shah Alam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Iqbal berkata, mangsa merupakan seorang lelaki yang berusia 30-an dan bekerja di syarikat swasta.
"Pihak polis juga sedang giat memburu suspek ketika ini.
"Kes disiasat di bawah seksyen 394 Kanun Keseksaan.
"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Anis Shafika di talian 011-10951310," katanya.
Topic Berkaitan
#polis shah alam
#Tetak
#samun
#joging
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan