awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki cedera ditetak individu tidak dikenali di Sungai Petani

Bernama
Bernama
21/09/2025
14:50 MYT
Lelaki cedera ditetak individu tidak dikenali di Sungai Petani
Berdasarkan maklumat saksi di lokasi kejadian, suspek berusia lingkungan 20-an itu dikatakan dalam keadaan mabuk sejak awal pagi.
SUNGAI PETANI: Seorang lelaki berusia lingkungan 30-an cedera pada kaki dan tangan akibat ditetak seorang lelaki tidak dikenali, dalam kejadian di Flat Paya Nahu dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda menerima panggilan daripada orang awam pada 3.55 petang, memaklumkan mengenai kejadian berkenaan.
"Maklumat awal yang diterima memaklumkan bahawa berlaku pergaduhan dan ada mangsa yang cedera...siasatan kemudiannya mendapati mangsa mengunjungi rumah abangnya di kawasan perumahan terbabit pada 3 petang.
"Bagaimanapun ketika tiba di sana, kakak iparnya memaklumkan abangnya tiada di rumah lalu dia menunggu abangnya di bawah blok sebelum suspek tidak dikenali datang dan terus menetak mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata berdasarkan maklumat saksi di lokasi kejadian, suspek berusia lingkungan 20-an itu dikatakan dalam keadaan mabuk sejak awal pagi.
"Mangsa yang dipercayai ditetak dengan senjata tajam itu telah dihantar untuk rawatan di Zon Merah, Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.
"Suspek telah ditahan dan permohonan reman terhadap suspek akan dibuat esok...siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#mangsa ditetak
#mangsa cedera
#Sungai Petani
#mabuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan