awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki cedera tersepit, kereta rempuh belakang treler muatan serbuk plastik

Aida Aziz
Aida Aziz
23/05/2023
01:20 MYT
Lelaki cedera tersepit, kereta rempuh belakang treler muatan serbuk plastik
Seorang lelaki cedera tersepit setelah kereta jenis Honda City yang dipandunya dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah treler membawa muatan serbuk plastik di hentian rehat dan rawat Ladang Bikam, arah selatan, hari ini. - Gambar JBPM Perak
BIDOR: Seorang lelaki cedera tersepit setelah kereta jenis Honda City yang dipandunya dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah treler membawa muatan serbuk plastik di hentian rehat dan rawat (R&R) Ladang Bikam, arah selatan di sini, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat (JBPM) Perak, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.37 pagi.
Katanya lagi, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian.
"Kemalangan membabitkan sebuah kereta Honda City melanggar belakang treler yang diparkir di bahu jalan menyebabkan seorang mangsa iaitu pemandu kereta tersebut tersepit dan cedera.
"Manakala pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Anggota kemudiannya menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan mangsa tersepit dan menyerahkan mangsa kepada pihak ambulans bagi rawatan selanjutnya," katanya kepada pemberita pada Selasa.
Katanya lagi, operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Nasir Ibrahim itu tamat pada jam 8.14 pagi.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#lelaki cedera tersepit
#treler
#muatan serbuk plastik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan