KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila rumahnya di Seri Aman Heights, Desa Jaya, Gombak di sini dipercayai terkena satu das tembakan awal pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Supt Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata pihaknya menerima panggilan MERS 999 berhubung kejadian itu pada 1.50 pagi dan sepasukan anggota bersama Unit Forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) telah bergegas ke lokasi.
"Menurut laporan itu, mangsa mendakwa telah mendengar satu bunyi letupan di luar rumahnya. Siasatan menemukan satu kesan lubang pada pintu kayu hadapan rumah dan kesan terkena peluru pada dinding ruang tamu rumah mangsa.
"Turut dijumpai adalah satu serpihan besi dipercayai anak peluru di bahagian ruang tamu rumah," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960 iaitu kesalahan melepaskan tembakan ke arah selain daripada tempat yang dibenarkan.
"Motif atau punca kejadian sedang disiasat dan usaha mengesan suspek kini sedang dibuat. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Insp R. Khalpna di talian 03-61262222 atau 012-5018901," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 01 2022

Kes disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960 iaitu kesalahan melepaskan tembakan ke arah selain daripada tempat yang dibenarkan. - Gambar hiasan

KDN laksana klasifikasi filem 2023 berkuat kuasa hari ini
KDN melalui Lembaga Penapis Filem (LPF) menetapkan lima pengelasan atau Klasifikasi Filem 2023 yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Blinken bertemu Abbas di Ramallah, kata AS tentang perluasan penempatan Israel
Lawatan Blinken ke Ramallah adalah pusingan terakhir dalam jelajah serantau diplomat itu termasuk membabitkan Israel dan Mesir.

Gempa bumi di Iran, tiada rakyat Malaysia terjejas
Kedutaan Besar Malaysia di Tehran sedang memantau dengan teliti perkembangan gempa bumi.

Agong titah bangunkan Wilayah Persekutuan sebagai bandar raya unggul, mampan
Al-Sultan Abdullah berharap bantuan kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan diberikan tumpuan khusus.

Istiadat pengurniaan pingat Wilayah Persekutuan yang terakhir disempurnakan Agong
Istiadat kali ini adalah yang terakhir disempurnakan Al-Sultan Abdullah yang bersemayam sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 mulai 31 Jan 2019.

Penganggur didakwa bunuh warga emas
Tertuduh didakwa telah membunuh Misah Amin, 91, di Kampung Pulai Darat, kira-kira jam 1.30 pagi pada 20 Januari lalu.

PRN: Pendirian PN Kedah kekal sasar menang 33 kerusi DUN - Sanusi
Keyakinan itu bersandarkan jumlah undi yang diperoleh PN pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Ringkas SPUTNIK: Biden bakal bertemu Zelensky
Ikuti rangkuman 3 berita global terbaik dalam Sputniknews.com.

Banjir: Mangsa di Johor, Sabah meningkat pagi ini
Bilangan mangsa banjir di Johor dan Sabah bertambah sedikit setakat pagi ini.

Seorang rentung, unit pangsapuri terbakar
Setakat ini seorang mangsa yang belum dikenal pasti dilaporkan rentung dalam kebakaran tersebut.

Polis buru lelaki pandu lawan arus di MRR2
Polis sedang memburu seorang pemandu lelaki yang dikesan memandu secara melawan arus di Kilometer 11.9 Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Keluarga terlibat kebakaran di Kampung Simpang Tiga Gombak diberi sumbangan
Pusat Khidmat Parlimen Gombak dan Pejabat Tanah dan Daerah Gombak masing-masing memberi RM500 kepada setiap keluarga terjejas.

Ibu bapa cuai boleh dikenakan tindakan - Nancy
Ibu bapa atau penjaga yang mengabaikan anak-anak tanpa pengawasan yang sewajarnya boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 33 (1) Akta Kanak-kanak 2001.

Sambutan hari lahir jadi kenangan terakhir bersama cucu
Sambutan hari lahir bersama cucu menjadi kenangan terakhir buat Lokman Marni apabila dua cucunya maut dalam kebakaran di sebuah rumah teres di Kampung Simpang Tiga, Gombak, awal pagi tadi.

'Bunyi jam selamatkan nyawa saya'
"Nasib saya tersedar daripada tidur selepas terdengar bunyi (penggera) jam, jika tidak mungkin saya juga turut rentung dalam kebakaran yang meragut nyawa dua beradik itu.-

Dua beradik maut rumah terbakar
Semasa kejadian, ibu bapa mangsa tiada di rumah dan mangsa dipercayai cuba keluar berdasarkan keadaan mayat, namun pintu jeriji dalam keadaan terkunci.

Anggota bomba laung azan ketika padam kebakaran Wisma Jakel
Laungan azan antara ikhtiar digunakan anggota bomba terlibat dalam usaha pemadaman Wisma Jakel pada Ahad.

Bekalan air di 83 kawasan terjejas di KL, Gombak dijangka pulih sepenuhnya malam esok
Bekalan air di 83 kawasan terjejas di Gombak, Selangor dan Kuala Lumpur berikutan pemotongan tidak berjadual akibat paip pecah dijangka pulih sepenuhnya pada 9 malam esok.

Mayat lelaki ditemukan dengan tangan, kaki berikat - Polis
Satu mayat lelaki warga tempatan ditemukan dalam keadaan tangan dan kakinya berikat di tepi Jalan Bestari Jaya - Rawang menghala ke Bestari Jaya, hari ini.

Jalan sesak 8.5km akibat kemalangan lima motosikal berkuasa tinggi
Satu kemalangan membabitkan lima motosikal berkuasa tinggi berlaku di Kilometer (KM) 26.5 hala barat (Genting Sempah ke Gombak) menyebabkan kesesakan 8.5km dari KM35 sehingga ke lokasi kemalangan.