awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki dakwa kematian ibu jadi modal antivaksin sebar dakyah palsu

Gempak
Gempak
21/02/2022
02:15 MYT
Lelaki dakwa kematian ibu jadi modal antivaksin sebar dakyah palsu
Mohamad Faeez mendakwa golongan antivaksin memfitnah ibunya menggunakan kerusi roda selepas menerima suntikan vaksin. -Twitter Mohamad Faeez
KECEWA!
Mungkin itulah yang sedang dialami seorang pemuda apabila kematian ibunya dijadikan ‘modal’ buat golongan antivaksin menyebarkan dakyah tidak benar.
Menurut pendedahan dibuat di Twitter, individu dikenali sebagai Mohamad Faeez Harith bengang apabila ada pihak menyebarkan berita palsu.
Mohamad Faeez mendakwa golongan antivaksin memfitnah ibunya menggunakan kerusi roda selepas menerima suntikan vaksin.
Susulan itu, Faeez tampil menjelaskan perkara sebenarnya yang berlaku terhadap ibunya.
“Berita palsu tentang kematian mama.
“Saya selaku anak dan wakil waris mengecam sekeras-kerasnya kebiadaban kumpulan antivaksin yang membuat berita palsu tentang kematian Mama tanpa berhubung langsung dengan waris.
“Berikut penjelasan tentang fitnah mereka.
“Punca kematian tidak dikenal pasti. Untuk pengetahun si bah*** ini semua, punca kematian Mama adalah daripada tindak balas dengan ubat pelali (anaesthesia) yang diberikan kepada Mama sebelum prosedur intubasi dan beberapa prosedur lain pada malam kematian Mama,” katanya.
Jelas Faeez, arwah ibunya juga sudah menggunakan kerusi roda sebelum virus COVID-19 muncul.
“November sudah mula pakai roda sebab sakit lutut. Mama aku tu sakit lutut sejak sebelum ada COVID lagi.
"Ini gambar tahun 2018, dah memang aku tolak atas kerusi roda, masa ni vaksin pun belum ada,” katanya.
Anda boleh lihat penjelasan penuh Faeez di bawah.
BERITA PALSU TENTANG KEMATIAN MAMA. Saya selaku anak dan wakil waris mengecam sekeras-kerasnya kebiadaban kumpulan antivaksin yang membuat berita palsu tentang kematian Mama tanpa berhubung langsung dengan waris.Berikut penjelasan tentang fitnah mereka. pic.twitter.com/Me0Mhr841N
— Mohammad Faeez Harith (@H_Bakkaniy) February 17, 2022
Difahamkan Faeez akan membuat laporan polis mengenai perkara ini supaya tindakan ke atas individu yang tidak bertanggungjawab itu boleh diambil oleh pihak atasan.
*Artikel asal di Gempak
Topic Berkaitan
#antivaksin
#Mohamad Faeez Harith
#COVID-19
#dakyah palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan