awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki dengan 35 rekod jenayah ditahan kes pecah rumah, curi

Bernama
Bernama
01/11/2024
01:00 MYT
Lelaki dengan 35 rekod jenayah ditahan kes pecah rumah, curi
Polis menahan reman suspek selama tujuh hari hingga 6 Nov ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Polis menahan seorang lelaki dengan 35 rekod jenayah dan dadah di parkir sebuah pasar raya di Bahau, Jempol dekat sini selepas dipercayai terlibat dalam tiga kes pecah rumah dan curi di sekitar daerah itu, dua hari lepas.
Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata lelaki berusia 38 tahun itu ditahan susulan laporan dibuat seorang wanita berusia 56 tahun selepas rumahnya di Taman Acbe dipecah masuk pada 21 Okt lepas.
"Hasil siasatan mendapati lelaki itu memanjat tembok pagar dan masuk ke rumah mangsa dengan cara membuka skru pada bahagian tingkap dapur kira-kira 5.30 pagi. Beberapa barang peribadi mangsa turut hilang dan kerugian dianggarkan berjumlah RM2,500.
"Dia mengaku melakukan pecah rumah dan curi seorang diri. Modus operandi adalah memasuki mana-mana rumah yang tidak berpenghuni atau ditinggalkan sementara waktu dengan masa untuk melakukan kegiatan tersebut sekitar 3 hingga 6 pagi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata saringan awal mendapati lelaki itu positif dadah jenis metamfetamina dan mempunyai pelbagai rekod lampau termasuk orang dikehendaki bagi kes di bawah Seksyen 15 (4) Akta Pencegahan Jenayah 1959.
Hoo berkata suspek direman tujuh hari hingga 6 Nov ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pecah rumah
#curi
#Polis Jempol
#lelaki ditahan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan