KOTA KINABALU: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, di sini pada Isnin kerana membunuh seorang wanita di sebuah kedai di pusat beli belah dua minggu lalu.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Chung King Fung, 32, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles.
Tertuduh juga mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Menurut kertas pertuduhan, tertuduh antara jam 12 tengah hari hingga 12.20 tengah hari 29 Mei lalu, bertempat di sebuah kedai di sebuah pusat beli belah di Jalan Haji Saman, di sini telah membunuh Nurul Ain Silien, 21.
Tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Prosiding dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Kelvan Elson Maik dan ahli keluarga mangsa diiringi peguam pemerhati dari Hamid & Co, Nabila Norsahar manakala tertuduh diwakili peguam, Chun Teck Ming dan Jul Hamri Jumhani.
Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes itu pada 11 Julai depan selepas laporan forensik diperoleh daripada Jabatan Kimia.
Tertuduh juga tidak dibenarkan untuk diikat jamin dan kekal berada di penjara Kapayan, Kota Kinabalu.
Sementara itu, di luar pekarangan Mahkamah Kota Kinabalu, ibu mangsa, Datuk Siti Aminah Jabarkhan mengesahkan kepada pemberita bahawa suspek dan mangsa iaitu anaknya tidak mempunyai hubungan sebagai tunang.
"Mereka bukan bertunang, secara rasminya tiada. Mereka kenal kurang daripada setahun," katanya.
Sinar Harian pada 30 Mei lalu melaporkan seorang wanita dibunuh dengan lapan tikaman selepas suspek cemburu dan tidak berpuas hati kerana pertunangan mereka diputuskan. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jun 12 2023
Ahli keluarga mangsa bersama peguam pemerhati selepas hadir ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu. - Foto Sinar Harian
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Che'gu Bard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berdepan tuduhan lagi
Beliau yang hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948.
Niaga AWANI: KWSP: Melestari kehidupan persaraan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikatakan bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat. Namun KWSP telah memperkenalkan Akaun Fleksibel dan berkuat kuasa mulai 11 Mei 2024. Bagaimana pengurusan persaraan selepas ini dan apakah pendekatan terbaik bagi meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat?
CapCut juga mungkin akan diharamkan di Amerika Syarikat
Menurut laporan The Washington Post, Amerika Syarikat turut akan memerlukan CapCut dijual untuk terus beroperasi di negara mereka.
Niaga AWANI: WEF: Exploring multiple dimensions for energy transition
Current climate change has left a significant impact on the health of the planet. Therefore, global at this time gives special focus on energy transition efforts. Head of Centre for Energy and Materials; Member of the Executive Committee, World Economic Forum, Roberto Bocca shares on this at the World Economic Forum from Riyadh, Saudi Arabia.
Lelaki didakwa bunuh bekas teman wanita
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu kerana membunuh seorang wanita di sebuah kedai di pusat beli belah dua minggu lalu.