Lelaki didakwa bunuh warga emas guna cangkul

Chee Ming (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Selasa atas tuduhan membunuh seorang warga emas bulan lalu. -Foto Sinar Harian
MANJUNG: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Selasa atas tuduhan membunuh seorang warga emas yang mayatnya ditemui dalam keadaan berlumuran darah di sebuah rumah di Sitiawan, bulan lalu.
Ringkasan AI
- Penganggur Lin Chee Ming, 49, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung atas tuduhan membunuh seorang warga emas di Sitiawan bulan lalu.
- Tidak ada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang dituduh melakukan bunuh terhadap lelaki berusia 78 tahun di rumah Kampung Baru, Kampung Koh.
- Kes ini mendatangkan hukuman mati mandatori atau penjara maksimum 40 tahun serta tidak kurang daripada 12 sebatan, dengan tarikh sebutan semula pada 10 Februari 2026 menunggu laporan siasatan forensik.
Mengikut pertuduhan, bapa seorang anak itu didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian seorang lelaki, Ling Chin Kian, 78.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Kampung Baru, Kampung Koh, Sitiawan, dalam daerah Manjung antara jam 3.40 hingga 4.44 pagi pada 26 November 2025.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, atau jika tidak dihukum mati, penjara maksimum 40 tahun dan tidak kurang daripada 12 sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nuranisah Ismah Muhammad Husaini, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 10 Februari 2026 sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat, kimia, patologi dan forensik.
Tertuduh sebelum ini telah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan selepas dipercayai memecah masuk rumah dan menyebabkan kematian mangsa menggunakan cangkul.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman dalam laporan berkata, mangsa ditemui ahli keluarganya dengan kesan kecederaan di kepala dan muka di ruang tamu rumah sebelum laporan dibuat kepada polis.
Pemeriksaan polis di lokasi kejadian turut menemui sebatang cangkul yang dipercayai digunakan sebagai senjata dalam insiden tersebut. -Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tuduhan yang dihadapi oleh Lin Chee Ming di Mahkamah Majistret Seri Manjung? A: Lin Chee Ming didakwa membunuh seorang lelaki berusia 78 tahun di sebuah rumah di Kampung Baru, Kampung Koh, Sitiawan.
- Q: Apa hukuman yang mungkin dihadapi oleh Lin Chee Ming jika sabit kesalahan? A: Lin Chee Ming boleh dikenakan hukuman mati mandatori atau penjara maksimum 40 tahun dan tidak kurang daripada 12 sebatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
- Q: Apabila tarikh sebutan semula kes telah ditetapkan oleh Mahkamah? A: Mahkamah menetapkan 10 Februari 2026 sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat, kimia, patologi, dan forensik.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

