IPOH: Seorang pencuci kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Jumaat atas pertuduhan merogol dan melakukan seks luar tabii terhadap anak perempuan tirinya yang berusia tujuh tahun, Februari lalu.
Lelaki berusia 26 tahun dari Segari, Manjung membuat pengakuan itu sebaik dua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.
Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah merogol anak tiri di sebuah rumah tidak bernombor di Batu 7, Segari, Manjung, Februari lalu.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun dan hendaklah dikenakan tidak kurang dari 10 sebatan, jika sabit kesalahan.
Tertuduh juga didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana meliwat mangsa sama di lokasi dan tarikh yang sama.
Sabit kesalahan itu, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih dari 20 tahun dan hendaklah dihukum dengan sebatan.
Dalam prosiding sama, tertuduh bersama isterinya berusia 30 tahun yang mengandung 10 minggu turut didakwa atas pertuduhan mengabaikan mangsa, Januari lalu.
Kedua-dua tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan secara berasingan itu.
Mengikut kertas pertuduhan, pasangan terbabit didakwa telah mendedahkan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan di bahagian badan pada Januari lalu di lokasi sama.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Evangelin Simon Silvaraj manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, Evangelin tidak menawarkan sebarang jaminan diberikan atas alasan tertuduh yang merupakan bapa tiri dan ibu kandung mangsa selain tidak mempunyai alamat tempat tinggal tetap.
Mahkamah kemudian menetapkan 26 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi lantikan dan laporan perubatan penuh mangsa.
Sinar Harian pada 18 April lalu melaporkan penemuan seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun dalam keadaan tidak terurus di tepi jalan Batu 7 Segari, Manjung membongkar satu kejadian dera dan rogol.
Hasil pemeriksaan dilakukan pihak perubatan mendapati, mangsa dipercayai telah dirogol dan didera berdasarkan kesan kecederaan lama dan baru pada tubuh mangsa.
Berdasarkan laporan itu, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah telah membuat tangkapan ke atas ibu kandung dan dua bapa tiri mangsa disyaki terlibat dalam kejadian itu. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Apr 28 2023
Pasangan suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh atas pertuduhan merogol dan mengabaikan anak perempuan mereka berusia tujuh tahun di Manjung. -Foto Sinar Harian
AWANI 7:45 [25/1/2025] - Buru saki baki penyerang | Tiga tuntutan kepada Putrajaya | Prospek pertumbuhan memberangsangkan | Empat pemain warisan menanti kelulusan
- Polis buru saki baki kumpulan warga asing serang anggota maritim Malaysia
- Himpunan rakyat benci rasuah kemuka tiga tuntutan kepada Putrajaya
- Moody's kekal penarafan A3 Malaysia, ekonomi paling pesat berkembang
- Era baharu Harimau Malaya, lebih banyak pemain warisan sertai skuad
- Himpunan rakyat benci rasuah kemuka tiga tuntutan kepada Putrajaya
- Moody's kekal penarafan A3 Malaysia, ekonomi paling pesat berkembang
- Era baharu Harimau Malaya, lebih banyak pemain warisan sertai skuad
Sabah perkasa industri pelancongan melalui pemeliharaan warisan budaya, alam sekitar
Kerajaan Sabah akan mempergiatkan usaha menambah baik pemeliharaan warisan budaya dan pengurusan alam sekitar bagi memacu dan memperkasakan industri pelancongan di negeri ini.
Agenda AWANI Asia: Pentadbiran Baharu Amerika
Sejauh mana globalisasi ekonomi dan perdagangan bebas perlu dipelihara dan terus dimajukan demi memacu pembangunan global dalam pentabiran Trump 2.0 kali ini? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9.00 malam ini.
Hamas serah empat tentera wanita Israel di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza
Tentera Israel mengesahkan keempat-empat tentera yang dibebaskan itu telah diserahkan kepada pasukannya di Gaza sebelum dipindahkan ke Israel.
Manfaatkan NADI untuk tingkatkan taraf hidup, perkasa kemahiran - Dr Wan Azizah
Masyarakat digesa agar memanfaatkan kewujudan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk meningkatkan taraf hidup dan memperkasakan kemahiran diri.
Keputusan AS keluar WHO hanya rugikan rakyat sendiri - Penganalisis
Keputusan Amerika Syarikat (AS) menarik diri daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak memberi kesan yang ketara kepada sistem kesihatan global.
KPDN Melaka rekod 50 kes kesalahan dalam tempoh 23 hari
Sebanyak 50 kes melibatkan pelbagai kesalahan di bawah akta kepenggunaan dengan denda berjumlah RM34,000 direkodkan dalam tempoh 23 hari bermula 1 Jan lepas.
Cabaran Internet dalam Pemulihan Syria: Ini Kisah dari Aleppo
"Selepas 14 tahun perang, Syria mula bangkit. Namun, cabaran besar seperti keterhubungan internet masih menghantui rakyatnya. Ikuti kisah inspirasi dari Aleppo, di mana rakyat Syria berusaha membina semula kehidupan mereka bersama Editor Media Sosial Astro AWANI, Hilal Azmi.
#SyriaBangkit #AWANInews
#SyriaBangkit #AWANInews
Himpunan Rakyat Benci Rasuah kemuka tiga tuntutan
Tiga tuntutan itu ialah menyegerakan pemisahan Pejabat Peguam Negara (AGC) dari Pejabat Perdana Menteri, pembebasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dari kuasa eksekutif, dan pelaksanaan Akta Pendanaan Politik.
Polis buru saki baki suspek kes tembak di Tanjung Rhu, Banting
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berusaha mengesan dan memburu saki baki kumpulan warga asing yang bertindak menyerang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Tanjung Rhu, Banting, Selangor
Pencuci kereta tidak mengaku salah pukul isteri
Seorang pencuci kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, atas satu pertuduhan memukul isterinya, bulan lalu.
Lelaki didakwa rogol, liwat anak tiri usia 7 tahun
Lelaki berusia 26 tahun dari Segari, Manjung membuat pengakuan itu sebaik dua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.
PKP: Sewa bilik untuk berparti, enam dikompaun RM4,000 seorang
Hasil pemeriksaan menemui empat lelaki dan dua wanita itu dalam keadaan berkumpul dan minum minuman keras selain menghisap dadah.
Ibu tunggal dan pencuci kereta dipenjara sebulan kerana curi
Seorang ibu tunggal dan seorang pencuci kereta masing-masing dipenjara sebulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah mencuri di sebuah farmasi.
Pencuci kereta mati ditetak 10 lelaki
Seorang lelaki warga Myanmar maut akibat ditetak dalam kejadian di Jalan Merdeka Ria 3, Kampung Baru Ampang, di sini hari ini.