KOTA BHARU: Hati ibu mana yang tidak gembira selepas menerima perkhabaran berita bahawa anak lelakinya Muhamad Nursyarif Mat Nasir, 28, yang dikhuatiri lemas dekat Pantai Mek Mas, di sini semalam, ditemukan selamat oleh nelayan pagi tadi.
Rosnah Zainal Abdidin, 46 berkata anak ketiga daripada lima beradik itu ditemukan tersangkut di pukat seorang nelayan dari Pantai Geting,Tumpat kira-kira pukul 10.30 pagi.
"Keadaan Muhamad Nursyarif masih lagi lemah dan tidak bermaya dan dia dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, Kota Bharu untuk rawatan selanjutnya.
"Alhamdulillah tiada perkataan yang dapat digambarkan dan bersyukur kerana anak saya masih selamat," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mengulas lanjut, Rosnah berkata Muhamad Nursyarif sempat berkongsi detik cemas yang dialaminya dan memaklumkan bahawa, kaki anaknya itu tersangkut pada pukat yang digunakan untuk menangkap ikan sebelum terjatuh ke dalam laut kira-kira pukul 6 petang, semalam.
"Bot dia dihanyutkan ombak dan tidak sempat untuk berpaut kerana cuba meleraikan ikatan pukat pada kakinya, sehingga terpaksa berenang dan dilambung ombak lebih 16 jam.
"Dia juga ada nampak orang ramai mencarinya malam tadi dan cuba menjerit serta melambai tangan tetapi tiada siapa yang nampak kerana waktu ketika itu sudah gelap," katanya.
Sementara itu, Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan Kapten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata mangsa, diselamatkan oleh nelayan yang sedang menangkap ikan pada jarak kira-kira lima batu nautika dari lokasi pencarian, di sekitar perairan Tumpat.
"Jumlah keluasan kawasan pencarian sepanjang Op Mencari dan Menyelamat ialah 17 batu nautika persegi, melibatkan sebuah aset laut Maritim Malaysia iaitu Bot Penyelamat 7 dan turut dibantu dua bot dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), serta sebuah bot dari Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Operasi mencari turut dibantu oleh orang awam daripada Persatuan Nelayan Kota Bharu yang menggerakkan kira-kira 20 bot nelayan bagi membantu mencari mangsa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 22 2024
Operasi mencari turut dibantu oleh orang awam daripada Persatuan Nelayan Kota Bharu yang menggerakkan kira-kira 20 bot nelayan bagi membantu mencari mangsa. - APMM Kelantan
Baling bom petrol di pusat hiburan: Dua lagi lelaki didakwa
Dua lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan membaling bom petrol di sebuah pusat hiburan di ibu kota.
12 terbunuh dipanah petir di Bengal Barat, India
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera pada Khamis akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India.
MyCEB lebar luas rangkaian dengan para pemain acara perniagaan di IMEX Frankfurt
Penyertaan tahun ini tepat pada masanya ketika MyCEB, agensi di bawah MOTAC, menggembleng usaha mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
MEASAT, mudah Healthtech wujud Kiosk telekesihatan pertama
Melalui platform Sihat Xpress, penduduk kampung boleh menggunakan kiosk telekesihatan untuk memeriksa tahap oksigen, tekanan darah, suhu badan dan kandungan gula dalam darah, selain berunding dengan doktor secara dalam talian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Ketua Polis Negara menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pagi tadi.
AWANI Ringkas: Siasatan termasuk bedah siasat | 47 penerbangan mendarat di Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
Isteriku ternyata lelaki, terbongkar selepas 12 hari menikah
Adinda kini telah ditahan pihak polis selepas laporan dibuat oleh keluarga AK.
Lelaki dikhuatiri lemas di Pantai Mek Mas ditemukan selamat
Mangsa diselamatkan oleh nelayan yang sedang menangkap ikan pada jarak kira-kira lima batu nautika dari lokasi pencarian, di sekitar perairan Tumpat.
Lelaki baling batu ke arah ibu pejabat Pas ditahan
Difahamkan lelaki berkenaan berbuat demikian kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan parti Pas, dari segi kerjasama politik.
Jangan ambil mudah kanser hidung - Pakar
Ia selalu menjangkiti mereka yang berusia lebih daripada 50 tahun terutamanya kaum lelaki dan yang mempunyai sejarah keluarga menghidap NPC.
Kanak-kanak dua tahun maut terjatuh kerusi bayi
Sehingga kini tiada sebarang unsur jenayah ditemui dalam kejadian itu, bagaimanapun siasatan lanjut masih diteruskan.
JKM cari waris kanak-kanak lelaki
Kanak-kanak lelaki itu ditinggalkan ibunya di rumah pengasuh di Taman Desa Kundang, Rawang.
Lelaki dilaporkan hilang di Hutan Gunung Senyum
BBP Jengka memaklumkan sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada pemanggil yang melaporkan kejadian lelaki hilang itu.
Indonesia kesan kes pertama cacar monyet
Lelaki itu berada dalam keadaan baik dan hanya menunjukkan gejala ringan serta sedang menjalani kuarantin di rumah.
Kerajaan kaji perluas SKSSR kepada 'suri rumah lelaki' - Saravanan
Saravanan berkata, kerajaan bagaimanapun perlu mengenal pasti jumlah sebenar lelaki di negara ini yang menjadi suri rumah.
Polis buru dua kumpulan lelaki merusuh di kedai makan
Pergaduhan melibatkan 15 hingga 20 individu itu dipercayai berlaku akibat perselisihan faham berhubung isu parkir kenderaan.