awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki dikhuatiri lemas di pantai Port Dickson

Sinar Harian
Sinar Harian
21/08/2024
01:10 MYT
Lelaki dikhuatiri lemas di pantai Port Dickson
Operasi mencari dan menyelamat mangsa melibatkan pelbagai agensi giat dijalankan sejak pada jam 8 malam semalam. - Foto ihsan pembaca/Sinar Harian
PORT DICKSON: Seorang lelaki dikhuatiri lemas di pantai berhampiran Glory Beach Resort dekat sini lewat petang semalam.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kapten Maritim Mohd Khairi Abd Aziz berkata, operasi mencari dan menyelamat (carilamat) telah diaktifkan pada jam 8 malam.
"Maritime Rescue Sub Centre (MRSC), Johor Bahru telah diaktifkan dan Pangkalan Hadapan Carilamat turut dibuka di Tanjung Gemuk, Port Dickson.
"Pencarian awal bagi mengesan dan mencari mangsa telah dilakukan oleh bot BENTENG 04 dalam keadaan jarak penglihatan yang terhad dan laut bergelora, namun tiada tanda positif ditemui," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, insiden terbabit telah dilaporkan oleh seorang pengadu yang memaklumkan telah melihat seorang lelaki dikhuatiri lemas dan hilang berhampiran pantai peranginan tersebut, namun identiti mangsa belum dapat dikenal pasti.
"Usaha Carilamat diteruskan pagi ini yang turut melibatkan Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Malaysia," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#lemas
#Port Dickson
#Maritim Malaysia
#operasi mencari dan menyelamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan