awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki dipercayai tertekan pedal minyak kereta rempuh pintu kedai serbaneka

Bernama
Bernama
19/07/2022
07:42 MYT
Lelaki dipercayai tertekan pedal minyak kereta rempuh pintu kedai serbaneka
Dalam kejadian pukul 10.30 malam itu, pemandu berusia 57 tahun terbabit baru sahaja selesai melakukan pengisian minyak di sebuah pam di stesen minyak berkenaan. - Foto Sinar Harian
MELAKA: Seorang lelaki dipercayai tertekan pedal minyak menyebabkan kereta dipandunya terbabas sebelum merempuh pintu kaca kedai serbaneka di sebuah stesen minyak di Bukit Rambai di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata dalam kejadian pukul 10.30 malam itu, pemandu berusia 57 tahun terbabit baru sahaja selesai melakukan pengisian minyak di sebuah pam di stesen minyak berkenaan.
"Sejurus menghidupkan enjin kereta untuk beredar, dia dipercayai tertekan pedal minyak menyebabkan kereta jenis Proton Saga dipandunya hilang kawalan dan bergerak lurus seterusnya melanggar empat panel pintu kaca di lokasi kejadian.
"Ketika kejadian keadaan cuaca baik dan kering. Mangsa dan orang awam yang berada di tempat kejadian juga tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian telah diperoleh daripada pengadu berusia 50 tahun yang juga pemilik stesen minyak itu dan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki tertekan pedal mnyak
#stesen minyak Bukit Rambai
#Proton Saga
#Seksyen 43 1 Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan