awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki direman bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Ipoh

Bernama
Bernama
14/03/2017
11:04 MYT
Lelaki direman bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Ipoh
Anggota polis mengusung mayat pembantu peniaga pasar yang ditemui mati dengan terdapat kesan luka di belakang badannya, dipercayai dibunuh, di Taman Dato Lew Yap Sip, Ampang, Ipoh, awal pagi 13 Mac. Astro AWANI
Seorang lelaki ditahan reman seminggu mulai hari ini bagi membantu siasatan kes kematian seorang ibu tunggal di Taman Dato Lew Yap Sip, Ampang di sini, semalam.
Perintah tahanan reman terhadap lelaki itu dikeluarkan oleh Majistret Suhaima Mohd Noor di Mahkamah Majistret Ipoh di sini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Lelaki berumur 34 tahun itu, yang merupakan peniaga di Pasar Besar Kampung Rapat, ditahan di sini kira-kira 12 tengah hari semalam.
Wanita berusia 53 tahun itu, yang bekerja sebagai pembantu peniaga pasar, ditemui mati oleh anak bongsunya dengan beberapa kesan tikaman pada tubuhnya di bilik tidur tingkat atas kediamannya awal pagi semalam.
Hasil siasatan di tempat rumah teres bertingkat kos rendah itu mendapati adanya kesan pecah di bahagian pintu rumah dan pintu bilik tidur mangsa selain kesan terbakar pada langsir dan kerusi dalam bilik tidurnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ampang
#bunuh
#ibu tunggal
#Ipoh
#Mahkamah Majistret
#mati
#peniaga
#reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan