awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Proses pengantaraan gagal, perbicaraan kes saman Mohd Na'im terhadap Papagomo diteruskan
FELDA yakin isu tanah komersial dengan Terengganu capai penyelesaian positif
Indonesia sasar laksana Hari Tanpa Kereta di 514 bandar menjelang 2029
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki disyaki bunuh warga emas guna cangkul direman tujuh hari

Bernama
Bernama
03/12/2025
06:45 MYT
Lelaki disyaki bunuh warga emas guna cangkul direman tujuh hari
Suspek yang merupakan seorang penganggur telah ditahan polis di Jalan Pinang Raja, Seri Manjung semalam. - Gambar hiasan
IPOH: Seorang lelaki direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan polis berkaitan kes bunuh melibatkan seorang warga emas di Kampung Koh, Manjung baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman ketika dihubungi berkata suspek direman hingga 9 Dis ini.
Perintah tahanan reman terhadap lelaki berumur 40-an itu dikeluarkan oleh Majistret Fakhrul Razzi Abd Hamid di Mahkamah Majistret Seri Manjung, pagi tadi.
Difahamkan, suspek yang merupakan seorang penganggur telah ditahan polis di Jalan Pinang Raja, Seri Manjung semalam.
Pada 30 Nov lepas, seorang warga emas ditemukan dalam keadaan berlumuran darah dipercayai dibunuh dengan menggunakan cangkul di sebuah rumah di Kampung Koh.
Hasbullah dilaporkan berkata mayat lelaki berusia 78 tahun itu dijumpai di ruang tamu oleh ahli keluarga pada 12 tengah hari.
Siasatan lanjut termasuk motif kejadian dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes bunuh
#bunuh warga emas
#manjung
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan