awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mark Carney jangka pentadbiran Amerika hormati kedaulatan Kanada
UEL: Emery gembira reaksi pemain pamer kebangkitan
BateriHub tersenarai dalam ASEAN Records sebagai rangkaian peruncitan bateri kereta terbesar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan dipercayai ugut bunuh ayah sendiri kerana gitar

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
31/07/2025
00:25 MYT
Lelaki ditahan dipercayai ugut bunuh ayah sendiri kerana gitar
Sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu menjalankan Op Cantas pada jam 11 malam tadi sebelum berjaya menahan suspek bersama parang yang digunakan.
LAHAD DATU: Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas dipercayai bertindak mengugut untuk membunuh bapanya menggunakan parang dalam kejadian di Kampung Jawa, Jalan Segama, di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Dzulbaharin Ismail berkata, kejadian berlaku sekitar jam 6.15 petang gara-gara suspek berang gitar miliknya dipinjamkan kepada sepupunya.
Menurutnya, suspek berusia 41 tahun itu mengamuk kerana tidak puas hati apabila mengetahui gitar kesayangannya dipinjamkan bapanya kepada sepupunya.
“Suspek kemudian bertindak mengugut bapanya yang berusia 75 tahun sambil membawa sebilah parang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu menjalankan Op Cantas pada jam 11 malam sebelum berjaya menahan suspek bersama parang yang digunakan.
Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif Methamphetamine dan Amphetamine.
Semakan lanjut juga mendapati suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau membabitkan pelbagai kesalahan.
“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Lahad Datu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya.
Jika sabit kesalahan, suspek boleh berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Topic Berkaitan
#ugut bunuh bapa
#berang gitar dipinjam sepupu
#lelaki ditahan polis
#Lahad Datu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan