awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusia bimbang negara bekas Kuasa Paksi menentang resolusi PBB kecam Nazisme - Zakharova
Isu tanah ladang komersial FELDA-Terengganu hampir selesai - Ahmad Zahid
Kenaikan 300 peratus peruntukan Jalan Persekutuan bukti komitmen Kerajaan MADANI - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan disyaki pecah masuk rumah doktor

Bernama
Bernama
10/05/2025
06:40 MYT
Lelaki ditahan disyaki pecah masuk rumah doktor
Seorang lelaki berusia 27 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes pecah masuk kediaman seorang doktor di kondominium, menyebabkan kerugian lebih RM50,000. -Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki berusia 27 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes pecah masuk kediaman seorang doktor di sebuah kondominium di sini membabitkan kerugian lebih RM50,000, Khamis lepas.

Ringkasan AI
  • Seorang lelaki berusia 27 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes pecah masuk kediaman seorang doktor di kondominium, menyebabkan kerugian lebih RM50,000.
  • Polis menahan suspek di Kampung Kuala Tengah, Marang dan merampas pelbagai barangan berharga termasuk jam tangan, kunci kereta, dan beg berjenama mewah.
  • Suspek mengaku terlibat dalam kes tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata tangkapan dibuat susulan laporan dibuat oleh mangsa lelaki berusia 43 yang menyedari kejadian itu setelah bangun daripada tidur kira-kira 6.30 pagi.
Beliau berkata mangsa mendapati pelbagai barangan berharga termasuk seutas jam tangan Omega, seutas jam tangan Tag Heuer, kunci kereta jenama Mercedes dan Subaru XV, Ipad dan beg duit yang diletakkan di atas meja telah hilang.
"Mangsa segera memeriksa aplikasi kereta Mercedes melalui telefon dan mendapati kereta miliknya berada di sebuah pangsapuri di bandar ini.
"Bertindak atas risikan, polis telah menahan suspek di sebuah rumah pekerja di Kampung Kuala Tengah, Marang kira-kira 3.15 pagi tadi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azli berkata dalam serbuan itu polis turut merampas 21 barangan lain termasuk beg berjenama mewah, kad akses rumah, topi keledar, jam tangan, kad bank dan set anak kunci pelbagai jenis.
Beliau berkata hasil siasatan juga mendapati suspek yang bekerja di sebuah kedai menjual ayam turut menawarkan perkhidmatan membersih rumah sebagai kerja sampingan di kondominium berkenaan.
"Suspek mengaku terlibat dalam kes tersebut. Bagaimanapun, siasatan lanjut mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan negatif ujian saringan air kencing.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes pecah masuk
#kediaman seorang doktor
#Kampung Kuala Tengah
#jam tangan Omega
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan