awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
AS tekad laksana sekatan maksimum terhadap Maduro, Venezuela dakwa tindakan "tidak masuk akal"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan miliki dadah, air ketum di Taman Sri Gombak

Bernama
Bernama
21/05/2022
21:45 MYT
Lelaki ditahan miliki dadah, air ketum di Taman Sri Gombak
Hasil siasatan mendapati suspek bukan salah seorang petugas di Pejabat Penyelaras DUN Gombak Setia. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki memiliki dadah dan air ketum di pekarangan Dewan Beringin, Taman Sri Gombak di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Zainal Mohamed Mohamed berkata ketika tangkapan, polis telah merampas dua biji pil disyaki dadah jenis Erimin 5, sebotol dan lima bungkusan plastik lut sinar disyaki air ketum.
Zainal Mohamed berkata pada 9.55 pagi tadi, IPD Gombak telah mengesan satu hantaran status di laman sosial menyatakan "Malam tadi salah seorang staff Pejabat Penyelaras DUN Gombak Setia diberkas bersama empat beg ketum yang disimpan di dalam pejabat".
"Hasil siasatan mendapati suspek bukan salah seorang petugas di Pejabat Penyelaras DUN Gombak Setia.
"Rampasan dibuat dalam sebuah khemah di perkarangan Dewan Beringin dan bukan di dalam Pejabat Penyelaras DUN Gombak Setia seperti yang dinyatakan dalam status yang tular itu.
"Dewan Beringin, Taman Sri Gombak merupakan dewan serbaguna yang digunakan oleh masyarakat Taman Sri Gombak serta kawasan sekitarnya," katanya dalam kenyataan malam ini.
Zainal Mohamed berkata suspek kini ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ketum
#Pejabat Penyelaras DUN Gombak Setia
#pekarangan Dewan Beringin
#Erimin 5
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan