awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPM, KPT teliti aspek teknikal pelaksanaan wajib Bahasa Melayu, Sejarah
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan muat naik kandungan hina raja, provokasi kaum

Bernama
Bernama
25/05/2023
17:12 MYT
Lelaki ditahan muat naik kandungan hina raja, provokasi kaum
Tindakan tegas boleh dikenakan terhadap sesiapa sahaja yang menyalahgunakan media sosial mengikut peruntukan undang-undang demi melindungi ketenteraman dan kepentingan masyarakat. - Gambar hiasan/Unsplash
KUALA LUMPUR: Polis pada Khamis menahan seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun di Seremban, kerana disyaki memuat naik kenyataan berunsur penghinaan terhadap institusi beraja dan provokasi perkauman menerusi laman sosial Twitternya.
Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata polis turut merampas satu telefon bimbit dan dua kad sim semasa menahan lelaki terbabit yang dipercayai pemilik akaun @haziqmahmur9.
Noorsiah berkata kes lelaki berkenaan disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mendatangkan kebencian terhadap mana-mana raja dan kerajaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Suspek direman tiga hari bermula Khamis hingga Sabtu," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau menasihatkan orang ramai menjadi pengguna media sosial yang bijak dan berhemah serta tidak menggunakan platform berkenaan sehingga boleh mendatangkan kegusaran awam serta menggugat keharmonian negara terutamanya melibatkan isu 3R (Bangsa, Agama, Raja).
Katanya tindakan tegas boleh dikenakan terhadap sesiapa sahaja yang menyalahgunakan media sosial mengikut peruntukan undang-undang demi melindungi ketenteraman dan kepentingan masyarakat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#akta hasutan
#laman sosial
#PDRM
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan