awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan reman, bantu siasatan kes kereta terbakar di Taman Jaya

Astro Awani
Astro Awani
22/12/2015
06:49 MYT
Lelaki ditahan reman, bantu siasatan kes kereta terbakar di Taman Jaya
Keadaan beberapa buah kereta yang musnah akibat kebakaran berdekatan LRT Taman Jaya di ibu negara. - Gambar fail
Seorang lelaki berusia 27 tahun direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian enam kereta musnah dalam kebakaran berhampiran stesen LRT Taman Jaya, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata pihaknya mendapatkan perintah reman itu pada pagi Selasa bagi membuat siasatan.
Menurutnya, insiden itu dipercayai berpunca akibat perbuatan khianat.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian terbabit boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Sebelum ini, dilaporkan seorang lelaki bertindak membaling bom petrol ke arah kereta dinaiki bekas isterinya bersama teman lelaki sehingga mengakibatkan enam kenderaan terbakar dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu.
Bagaimanapun, wanita terbabit dan temannya berjaya menyelamatkan diri dengan keluar dari kereta yang sedang terbakar itu.
Suspek ditahan polis pada pukul 11 malam isnin di sekitar lokasi kejadian.
Polis turut merampas motosikal jenis yamaha ego yang dinaiki lelaki itu.
BACA: Media sosial kecam penyebar berita palsu letupan bom di LRT Taman Jaya
BACA: Masalah rumah tangga disyaki punca kebakaran enam kereta di Taman Jaya - Polis
Topic Berkaitan
#kereta terbakar
#LRT
#Taman Jaya
#tlelaki ditahan reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan