awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pertelingkahan berkaitan dadah, wang punca lelaki dibunuh, anggota badan dikerat
AS tegaskan perlu milik Greenland, undang reaksi antarabangsa
Tentera Syria mulakan serangan terhadap SDF di Sheikh Maqsoud, Aleppo
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan selepas tetak anak

Bernama
Bernama
26/04/2022
11:11 MYT
Lelaki ditahan selepas tetak anak
Suspek yang berusia 40-an dipercayai memarahi anak lelakinya, dipercayai berkaitan dengan duit, sebelum berlaku perang mulut antara mereka. - Gambar/ Facebook IPD Barat Daya
BALIK PULAU: Polis menahan seorang lelaki dipercayai menyerang dan menetak anaknya kerana perselisihan faham berkaitan duit dalam kejadian di Kampung Awak, Teluk Bahang di sini malam tadi.
Difahamkan kejadian berlaku pada kira-kira pukul 8.30 malam di rumah mereka, apabila suspek yang berusia 40-an memarahi anak lelakinya, dipercayai berkaitan dengan duit, sebelum berlaku perang mulut antara mereka.
Menurut seorang saksi, lelaki yang berang itu kemudiannya menyerang anaknya yang berumur 20-an, dan menetaknya dengan 'senjata tajam'.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata suspek ditahan di lokasi kejadian oleh penduduk setempat sebelum ketibaan polis.
"Hasil ujian saringan awal polis mendapati suspek yang bekerja sendiri itu negatif dadah, dan dia kini direman bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya.
Beliau berkata mangsa yang cedera di bahagian belakang akibat ditetak, dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk rawatan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tetak anak
#Perselisihan Faham
#duit
#Teluk Bahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan