NIBONG TEBAL: Seorang lelaki yang dipercayai menjalankan kegiatan menyeleweng minyak diesel subsidi ditahan bersama lori dan bahan api membabitkan nilai keseluruhan RM75,817.20 di sebuah stesen minyak di Jalan Hooi Soo, di sini semalam.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang S.Jegan berkata hasil pemantauan dan pemeriksaan yang dijalankan, pihaknya berjaya menjejaki sebuah lori tiga tan yang mencurigakan sebelum menyerbu stesen minyak itu pada 1.30 pagi.
"Semasa serbuan itu, seorang lelaki berusia 40-an yang juga pemandu lori sedang mengisi minyak diesel di situ dan pemeriksaan mendapati terdapat satu unit tangki besi tambahan berkapasiti 4,000 liter yang telah diubah suai, ditempatkan di belakang kenderaan tersebut dengan ditutupi kain kanvas.
"Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kira-kira 2,000 liter minyak diesel di dalam tangki besi tersebut dan dipercayai suspek membeli bahan api tersebut di beberapa lokasi sekitar Nibong Tebal dan Jawi dengan harga susbsidi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya berdasarkan siasatan awal, suspek menjalankan aktiviti berkenaan secara sendirian dan akan menjual diesel tersebut kepada pihak industri dengan harga lebih mahal sekali gus mampu mengaut keuntungan ribuan ringgit setiap bulan.
"Dalam serbuan itu, kami merampas 2,000 liter diesel, lori, tangki besi, motor pum dan hos pam yang kesemuanya bernilai RM75,817.20," katanya menambah suspek yang juga pemilik lori ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 12 2022
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang berjaya menjejaki sebuah lori tiga tan yang mencurigakan sebelum menyerbu stesen minyak itu pada 1.30 pagi. - Gambar Sinar Harian
Ambil contoh kelulusan sehari di Arab Saudi - PM
Anwar berkata, kecekapan dan kepantasan memberi kelulusan segera itu seterusnya membolehkan negara berkenaan melonjak tinggi.
Penjualan kepentingan BHIC dalam syarikat kontraktor LCS kini bertukar menjadi 'tanpa syarat'
Dengan kelulusan pemegang saham, semua syarat terdahulu seperti yang dinyatakan dalam SSA telah dipenuhi, kata BHIC.
Menteri, ketua jabatan perlu kemuka nama kampung minggu depan
Menurutnya, ketua jabatan yang turun ke kampung tidak boleh membawa pangkat mereka sebaliknya bertindak sebagai anak kampung.
Anwar dijadual adakan pertemuan dalam talian dengan Google hari ini
Tanpa menyatakan butiran lanjut mengenai isu yang akan dibincangkan, beliau berkata Malaysia terus mendapat minat daripada pelabur asing.
Lapan termasuk kanak-kanak, bayi cedera, kereta terbabas di lebuh raya PLUS
Kesemua mangsa menaiki kereta jenis Proton Exora yang telah terbalik di sisi kanan dalam kemalangan di lebuh raya PLUS awal pagi ini.
Pusat Rawatan Madinah mula beroperasi, dilengkapi pelbagai kemudahan, doktor pakar
Pusat rawatan berkenaan dilengkapi kemudahan antaranya wad dengan kapasiti 33 katil, unit kecemasan, x-ray, fisioterapi dan makmal perubatan selain pakar pemakanan.
Penjawat awam tiada integriti tidak berhak dapat layanan sama dari kerajaan - PM Anwar
Tingkat integriti penjawat awam perlu setimpal dengan pengiktirifan yang diberikan kerajaan kepada mereka.
Semua 31,600 jemaah Tabung Haji tahun ini akan masuk Raudah
Namun begitu, ia bergantung atau tertakluk kepada kerajaan Arab Saudi untuk meluluskan permohonan yang dibuat melalui aplikasi Nusuk.
Niaga AWANI: Pelaburan ESG: Pulangan kewangan dengan impak positif untuk semua
Sempena Minggu ESG Pasaran Modal Malaysia yang akan berlangsung pada minggu depan, Niaga AWANI akan membincangkan bagaimana pelabur boleh menyepadukan ESG, pelaburan lestari, dan pelaburan impak dalam strategi pelaburan serta menghasilkan pulangan yang lestari dalam portfolio pelaburan mereka bersama Ketua Penyelidikan dan Penasihat Kekayaan, Pengurus Portfolio, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
1.6 juta orang tonton konsert percuma Madonna di pantai Copacabana Brazil
Konsert yang berlangsung pada Sabtu lalu sebagai menutup konsert jelajah dunia "Celebration" penyanyi itu.
KPDN P.Pinang tumpas sindiket penyelewengan diesel bersubsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Pulau Pinang berjaya menumpaskan sindiket penyelewengan diesel bersubsidi yang menjalankan kegiatan di sebuah ladang ternakan kambing dan lembu.
KPDN tumpas aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Telok Panglima Garang
KPDN menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan ke atas sebuah premis di Telok Panglima Garang, Selangor semalam.
Lelaki ditahan seleweng 2,000 liter minyak diesel subsidi
Seorang lelaki yang dipercayai menjalankan kegiatan menyeleweng minyak diesel subsidi ditahan bersama lori dan bahan api membabitkan nilai keseluruhan RM75,817.
Isu pengisian RON95 oleh kenderaan asing: KPDNHEP akan umum peraturan baharu
Masih wujud kegiatan mengisi petrol bersubsidi oleh kenderaan berpendaftaran negara jiran.