awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN tumpas aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Telok Panglima Garang

Bernama
Bernama
13/12/2022
09:46 MYT
KPDN tumpas aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Telok Panglima Garang
Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN Azman Adam berkata dalam operasi pada 1.15 tengah hari itu, sepasukan anggota KPDN Putrajaya menemukan sebuah lori yang diubah suai serta dua tangki dalam kawasan tersebut.- BERNAMA
PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan ke atas sebuah premis di Telok Panglima Garang, Selangor semalam.
Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN Azman Adam berkata dalam operasi pada 1.15 tengah hari itu, sepasukan anggota KPDN Putrajaya menemukan sebuah lori yang diubah suai serta dua tangki dalam kawasan tersebut.
"Hasil pemeriksaan lanjut ke atas lori dan tangki terbabit, pasukan serbuan telah menemukan minyak diesel dengan kuantiti keseluruhan berjumlah 23,325 liter, pam bermotor, sebuah kereta dan beberapa peralatan lain yang digunakan untuk kegiatan penyelewengan minyak diesel," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata minyak diesel, lori dan kereta serta peralatan lain yang ditemukan di lokasi itu telah disita bagi tujuan siasatan lanjut dan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM102,000.
"Kertas siasatan telah dibuka dan siasatan lanjut ke atas kes ini sedang dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi mengenal pasti individu atau syarikat yang terlibat dalam aktiviti ini.
"KPDN juga akan mengenal pasti rantaian pengedaran minyak diesel tersebut termasuk sumber minyak diesel ini diperoleh dan diedarkan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#diesel
#Putrajaya
#KPDNHEP
#penyelewengan petrol bersubsidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan