Lelaki ditahan simpan buaya tembaga bernilai ratusan ribu dalam but kereta

Antara buaya tembaga yang dirampas dalam operasi bersepadu dijalankan.
JOHOR BAHRU: Taktik licik seorang lelaki menyembunyikan empat ekor buaya tembaga bernilai ratusan ribu ringgit dalam but sebuah kereta terbongkar dalam operasi bersepadu dijalankan sekitar bandar raya ini pada Jumaat.
Ringkasan AI
- Serbuan operasi bersepadu menghasilkan penemuan empat ekor buaya tembaga tanpa permit nilai RM240,000 dalam sebuah kereta.
- Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Bukit Aman bekerjasama dengan PERHILITAN Johor dalam operasi tersebut.
- Seorang lelaki ditahan untuk siasatan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.
“Keempat-empat buaya itu ditemui disorokkan di dalam sebuah kotak polistrin yang diletakkan dalam but sebuah kereta, tanpa sebarang permit atau kelulusan daripada pihak berkuasa.
“Buaya tembaga merupakan spesies hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan pemilikan tanpa Permit Khas adalah satu kesalahan serius,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Menurutnya, serbuan itu turut membawa kepada rampasan sebuah kenderaan yang dipercayai digunakan bagi tujuan pengangkutan, sebuah kotak polistrin serta sebuah telefon bimbit yang dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan kes.
“Anggaran nilai rampasan melibatkan empat ekor anak buaya tembaga itu dianggarkan berjumlah RM240,000, manakala kenderaan dan barangan berkaitan bernilai kira-kira RM45,000, menjadikan jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan RM285,000.
“Operasi sama turut menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis sementara PERHILITAN Johor melengkapkan kertas siasatan,” katanya.
Tambahnya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 68, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).
“Operasi Bersepadu Khazanah yang dijalankan ini membuktikan keberkesanan kerjasama strategik antara agensi penguat kuasa dalam membanteras kegiatan pemilikan dan penyeludupan hidupan liar secara haram.
“PSP Bukit Aman akan terus memperkukuh kerjasama dengan PERHILITAN serta agensi berkaitan bagi memastikan khazanah biodiversiti negara terus terpelihara dan tidak dieksploitasi demi kepentingan pihak tertentu,” katanya. - Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang ditemui dalam serbuan operasi bersepadu yang dijalankan di sekitar bandar raya? A: Empat ekor buaya tembaga tanpa permit bernilai RM240,000 ditemui dalam sebuah kereta.
- Q: Siapakah agensi yang terlibat dalam operasi bersepadu ini? A: Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Bukit Aman bekerjasama dengan PERHILITAN Johor dalam operasi tersebut.
- Q: Apakah langkah yang diambil terhadap seorang lelaki dalam kes ini? A: Seorang lelaki ditahan untuk membantu siasatan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

