awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembinaan kompleks sukan di Kuala Muda bukan projek baharu - Mohammed Taufiq
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Tahun Baharu 2026
Berjaya Assets lantik menantu Vincent Tan sebagai CEO baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan, tumbuk muka bekas isteri

Sinar Harian
Sinar Harian
18/01/2024
05:00 MYT
Lelaki ditahan, tumbuk muka bekas isteri
Polis berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 324/ 326A Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan
TAWAU: Seorang lelaki ditahan selepas bertindak mengasari bekas isterinya dengan menumbuk di bahagian muka dalam kejadian di Bombalai di sini pada Rabu.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, terdapat perselisihan faham sehingga berlakunya pertengkaran antara suspek berusia 37 tahun dan mangsa yang berusia 42 tahun.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, sepasukan polis segera ke lokasi selepas menerima laporan daripada orang awam berkaitan kejadian itu.
"Hasil siasatan awal mendapati, suspek telah bertindak kasar terhadap bekas isterinya dengan menumbuk dan memukul dagu mangsa sehingga menyebabkan kecederaan pada bahagian muka.
"Selain itu, pertengkaran yang berpanjangan menjadi punca suspek dan mangsa berada dalam keadaan di luar kawalan," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Jasmin berkata, suspek kini direman bagi membantu siasatan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 324/ 326A Kanun Keseksaan," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tumbuk bekas isteri
#Tawau
#Bombalai
#Perselisihan Faham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan