Lelaki ditemui lemas pada kedalaman 5 meter ketika mandi di Air Luit, Hulu Selangor

Pasukan penyelamat menemui mangsa pada jam 11.45 pagi pada kedalaman kira-kira lima meter dan jarak 25 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang. -Foto JBPM
HULU SELANGOR: Kegembiraan seorang lelaki bermandi-manda di kawasan Air Luit, Pertak Campsite, di sini, bertukar tragedi apabila dia ditemukan lemas pada Ahad.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki berusia 21 tahun ditemukan lemas di Air Luit, Pertak Campsite selepas dilaporkan hilang ketika mandi-manda
- Mangsa ditemui pada kedalaman lima meter dan jarak 25 meter dari lokasi terakhir, disahkan meninggal dunia oleh petugas KKM
- JBPM nasihat orang ramai agar berhati-hati ketika aktiviti air terutama semasa musim hujan yang berisiko tinggi menyebabkan arus deras
“Setibanya pasukan di tempat kejadian kira-kira jam 10.08 pagi, didapati seorang lelaki berusia 21 tahun dilaporkan hilang dan tidak timbul selepas melakukan aktiviti mandi-manda di kawasan air terjun berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat turut dibantu oleh Unit Khas Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Shah Alam, KLIA dan Pelabuhan Klang.
“Pasukan penyelamat kemudian menemui mangsa pada jam 11.45 pagi pada kedalaman kira-kira lima meter dan jarak 25 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
“Mangsa dibawa naik dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi,” katanya.
Menurutnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
“Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati ketika menjalankan aktiviti air serta mematuhi arahan keselamatan, terutama ketika musim hujan yang boleh menyebabkan arus deras dan meningkatkan risiko kejadian lemas,” katanya. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami