SANDAKAN: Seorang lelaki warga emas ditemui mati dengan dua kesan tikaman di bahagian dada dalam kejadian di sebuah pondok berhampiran Jambatan 15, Kampung Sim-Sim, di sini, awal pagi Isnin.
Mangsa warga Filipina berusia 69 tahun itu ditemui dalam keadaan terlantar dan berlumuran darah oleh anaknya pada jam 6 pagi.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.40 pagi dan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan bergegas ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba, terdapat mayat seorang lelaki terlantar dengan kesan tikaman di bahagian dada.
"Kejadian disedari oleh anak lelakinya yang pergi ke pondok itu untuk berniaga dan sebaik tiba didapati mangsa telah mati dengan kesan darah di dada mangsa," katanya dalam kenyataan, pada Isnin.
Katanya, mangsa merupakan seorang peniaga sayur-sayuran dan sudah berkahwin serta mempunyai dua anak.
"Mangsa kali terakhir ditemui masih hidup kira-kira jam 5.30 petang Ahad, di mana anak mangsa ada berjumpa serta berbual dengannya di hadapan gerai mereka.
"Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti motif dan punca kejadian," katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu tampil memberikan maklumat.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Mon Jan 24 2022

Lokasi kejadian mangsa ditemui maut dengan kesan tikaman di dada di sebuah pondok berhampiran Jambatan 15, Kampung Sim-Sim, Sandakan. - Foto Sinar Harian

Sukan SEA 2021 | Sazzlan tidak pernah ponteng latihan
Latihan konsisten dan tidak ponteng jadual latihan merupakan tip kejayaan Sazzlan Yuga bersama pasangannya Mohd Taqiyuddin Hamid bawa pulang pingat emas di Sukan SEA 2021 di Hanoi Vietnam. Menerusi acara akhir Silat Ganda Putra (Seni) pada 11 Mei lalu, Sazzlan Taqiyuddin mengutip 9.950 mata mengatasi pencabar dari Singapura. Bagi Sazzlan yang merupakan anak jati Tawau, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan penghalang untuk melakukan latihan.

Peranan Media | Bantu pelaksanaan polisi agenda pembangunan
Pembentukan dan pelaksanaan polisi serta agenda pembangunan rakyat di Sarawak turut bergantung kepada integriti pengamal media dalam melaporkan isu di peringkat akar umbi. Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg tidak menafikan hak media dalam mengangkat isu rakyat sebagai penanda aras pengurusan yang baik daripada pihak pentadbir.

DUN Sarawak | Kerajaan negeri konsisten kaji, nilai tuntutan MA63
Sarawak akan terus mengkaji keperluan membuat pindaan kepada perlembagaan negeri dan ordinannya bagi menjamin kepentingan negeri itu. Timbalan Menteri Undang-Undang, MA63, Hubungan Negeri-Persekutuan, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali menyifatkan usaha itu bergerak kondusif di antara kerajaan negeri dan persekutuan.

DUN Sarawak | Dasar hutan perlu pelaksanaan berintegriti
Blok pembangkang DUN Sarawak turut memberi sokongan kepada pindaan RUU Hutan 2022 dengan wawasan untuk memperkasa pemuliharaan dan pemeliharaan hutan negeri itu. Bagaimanapun, ADUN Padungan Chong Chieng Jen dan ADUN Bawang Assan Datuk Seri Wong Soon Koh antara yang membahaskan RUU tersebut menuntut pelaksanaan dasar tersebut dibuat secara berintegriti.

DUN Sarawak | Sarawak di landasan tepat kuasai teknologi hijau
Terdahulu ADUN Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman ketika membahaskan ruu berkenaan berkata penguatkuasaannya akan merealisasikan agenda sarawak meningkatkan stok karbon dan penghasilan ekonomi hijau di peringkat global. Jelasnya jumlah stok karbon sedia ada yang dikenalpasti, diukur, dan diiktiraf meletakkan sarawak dalam kedudukan yang baik dalam kalangan ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

DUN Sarawak | Pindaan RUU Hutan dilulus sebulat suara
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini meluluskan pindaan Rang Undang Undang (RUU) Hutan 2022 untuk merangkumkan stok karbon dan gas rumah hijau sebagai hasil hutan negeri itu. Perkara itu diumumkan Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar selepas menyaksikan sokongan sebulat suara anggotanya.

Nasional | PM tiba di Sabah untuk lawatan kerja dua hari
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Kota Kinabalu bagi lawatan kerja dua hari ke Sabah. Ismail Sabri tiba dengan pesawat khas kira-kira jam 3.40 petang di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada Khamis. Ketibaan beliau disambut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Yakub Khan serta beberapa pemimpin kerajaan negeri lain.

KKM kaji cadangan tidak pamer jenama produk rokok - Khairy
KKM sedang mengkaji cadangan untuk tidak mempamerkan pembungkusan jenama produk rokok, selari dengan penggubalan Rang Undang-Undang Larangan Tembakau dan Rokok.

1MDB: "Saya tak mengadu kepada Najib kerana menaruh syak wasangka" - Mohd Bakke
"Najib tidak pernah tanya mengapa saya letak jawatan. Semuanya berjalan seperti biasa."

PKNS jangka catat keuntungan sehingga RM300 juta tahun ini - MB
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menjangkakan mampu merekodkan peningkatan keuntungan sehingga RM300 juta pada tahun ini.

Warga emas dipenjara 10 tahun, satu sebatan kerana merogol anak rakan
Seorang warga emas warga Filipina dijatuhi hukuman 10 tahun penjara dan satu sebatan selepas mengaku bersalah merogol seorang remaja perempuan yang juga anak perempuan rakannya lima tahun lalu.

Lelaki ditemui mati dengan dua kesan tikaman
Mangsa warga Filipina berusia 69 tahun itu ditemui dalam keadaan terlantar dan berlumuran darah oleh anaknya pada jam 6 pagi.

PRN Sabah: Ketepi politik, Hari Malaysia disambut meriah penduduk Kampung Sim-Sim
Mereka juga turut bekerjasama menghias pondok jambatan sempena Pertandingan Menghias Pondok Jambatan Kampung Sim-Sim.

Ketiadaan jeti sukarkan tugas nelayan Kampung Sim-Sim
Sejak sekian lama, nelayan di Kampung Sim-Sim di Sandakan terpaksa mengangkat hasil tangkapan seberat ribuan kilogram menggunakan tenaga manusia disebabkan ketiadaan jeti pemunggahan ikan.