Seorang lelaki ditemui mati dengan satu kesan tembakan di dahi di sebuah rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Batu 9 Cheras di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Othman Nanyan berkata mangsa yang berumur 39 tahun ditemui terbaring di tingkat tiga rumah itu kira-kira 3 pagi.
Siasatan polis mendapati sebelum itu mangsa tiba di rumah tersebut kira-kira
tengah malam untuk berbincang bersama 11 individu lain termasuk pemilik rumah berkenaan, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurutnya rakan mangsa melaporkan bahawa mereka terdengar bunyi letupan di tingkat atas rumah itu dan kemudian mendapati mangsa terbaring berlumuran darah dengan kesan tembakan di kepala bersama sepucuk revolver di tangannya.
"Hasil siasatan pasukan forensik polis Selangor dan Pakar Forensik Patologi Hospital Serdang mengesahkan terdapat keraguan dalam kematian si mati yang dikatakan membunuh diri," katanya.
Othman berkata berkata berikutan kejadian itu, 11 lelaki yang berada di rumah itu kini ditahan bagi membantu siasatan termasuk diminta menjalani ujian sisa tembakan pihak forensik.
Menurutnya polis turut menahan dua wanita iaitu isteri kepada pemilik rumah berkenaan dan pembantu rumahnya bagi siasatan lanjut.
"Kesemua mereka yang ditahan berusia di antara 30 hingga 59 tahun manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat," katanya.
Othman berkata polis turut merampas pistol berkenaan dan dihantar ke pasukan forensik untuk ujian balistik.
"Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan siasatan diteruskan bagi mengenal pasti punca dan motif kejadian,' katanya. -- Bernama
Bernama
Fri Mar 10 2017
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Othman Nanyan berkata mangsa yang berumur 39 tahun ditemui terbaring di tingkat tiga rumah itu kira-kira 3 pagi. - Gambar fail
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
Polis kesan lelaki himpit, halang kenderaan di lampu isyarat
Polis berkata, mangsa bertindak mengundurkan kenderaan dan memecut melarikan diri namun suspek terus mengejarnya.
Lelaki ditahan, tumbuk anggota bomba ketika padam kebakaran
Anggota bomba yang sedang menjalankan tugas memadamkan kebakaran sebuah kereta di Jalan Suakasih, Bandar Tun Hussein Onn, Selangor, pada Khamis.
Farah Amani, balik jumpa mama... syurga bawah telapak kaki ibu - Ayah
Mohammad Fauzi Abd Wahab, 46 tahun, menjelaskan, kali terakhir anaknya Farah Amani dilihat adalah pada jam 11 malam, sebelum masuk tidur di rumah mereka di Bandar Tun Hussein Onn.
Lelaki ditemui mati dengan kesan tembakan di Bandar Tun Hussein Onn
Seorang lelaki ditemui mati dengan satu kesan tembakan di dahi di sebuah rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Batu 9 Cheras di sini awal pagi tadi.