awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditemui mati selepas dilarikan empat rakan

Sinar Harian
Sinar Harian
07/09/2023
10:50 MYT
Lelaki ditemui mati selepas dilarikan empat rakan
Mayat seorang lelaki yang disyaki dibunuh ditemui dalam sebuah kereta di Batu 14, awal pagi Rabu. -Gambar hiasan
PUCHONG: Mayat seorang lelaki yang disyaki dibunuh ditemui dalam sebuah kereta di Batu 14, di sini pada awal pagi Rabu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa berusia 26 tahun itu dilarikan sekumpulan lelaki dipercayai rakannya ketika berada di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, di sini, pada malam Ahad lalu.
"Bapa mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Jalil, di sini, pada jam 5 pagi, Isnin.
"Bapa mangsa mengetahui tentang anaknya dilarikan selepas dimaklumkan oleh teman wanita anaknya," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Allaudeen berkata, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras kemudian menahan empat lelaki berusia antara 27 hingga 35 tahun di sekitar Lembah Klang yang disyaki melarikan mangsa.
"Mangsa seorang penganggur ditemui mati dalam sebuah kereta Proton Gen2 sekitar jam 12.50 tengah malam Rabu berhampiran sebuah stesen minyak," katanya.
Beliau berkata, siasatan awal yang dijalankan mendapati motif kejadian dipercayai dendam akibat mangsa melarikan barang milik suspek utama.
"Setakat ini, polis masih memburu dua lelaki termasuk satu suspek utama berusia 40-an yang juga seorang warga asing," katanya.
Hasil ujian air kencing mendapati kesemua empat suspek mempunyai rekod lampau bersabit kes jenayah narkotik selain turut positif dadah semasa ditahan.
Setakat ini siasatan oleh Polis Kuala Lumpur dijalankan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan atas kesalahan melarikan orang manakala siasatan oleh Polis Kontinjen Selangor dijalankan di bawah Seksyen 302 kanun yang sama atas kesalahan membunuh.
Bedah siasat ke atas mangsa di Hospital Serdang, mendapati dia mengalami kecederaan patah rahang dan tulang rusuk serta retak pada bahagian tengkorak. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#mayat dalam kereta
#PPR Kampung Muhibbah
#Proton Gen2
#dilarikan empat rakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan