awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditemukan lemas ketika menjaring ikan

Bernama
Bernama
03/07/2023
04:05 MYT
Lelaki ditemukan lemas ketika menjaring ikan
Mangsa yang berusia 30-an ditemukan di hadapan Waterfront Pulau Arang, iaitu kira-kira satu kilometer dari pantai itu, 8.40 pagi tadi. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Seorang lelaki ditemukan lemas ketika menjaring ikan bersama tiga rakannya di Pantai Batu 1, Jalan Pantai, Port Dickson dekat sini semalam.
Ketua Zon 2 Negeri Sembilan Penguasa Kanan Bomba II Jelani Ahad berkata mangsa yang berusia 30-an beralamat di Parit Raja, Johor itu ditemukan di hadapan Waterfront Pulau Arang, iaitu kira-kira satu kilometer dari pantai itu, 8.40 pagi tadi.
"Mangsa dan tiga rakannya ke pantai itu semalam untuk menjaring ikan ketika air laut surut, namun tidak menyedari berlaku kejadian air pasang sehingga menyebabkan mangsa dibawa arus.
"Tiga lagi rakannya sempat menyelamatkan diri ke pesisiran pantai. Mereka cuba menyelamatkan mangsa menggunakan kayu namun gagal berikutan ombak yang terlalu kuat," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada 9.32 pagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lelaki lemas
#menjala ikan
#Port Dickson
#Waterfront Pulau Arang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan