awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pertahanan Awam Syria pertingkat respons banjir di Idleb, Lattakia susulan hujan lebat
Trump sahkan Xi Jinping akan lawat AS menjelang akhir tahun
Antonio Jose Seguro dipilih sebagai Presiden Portugal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditemukan maut terduduk dalam tandas dengan kesan kelar

Sinar Harian
Sinar Harian
20/06/2023
01:45 MYT
Lelaki ditemukan maut terduduk dalam tandas dengan kesan kelar
Mayat ditemui dalam keadaan terduduk sambil mukanya berada di dalam lubang tandas selain menemui kesan kelar pada tangan sebelah kiri. - Gambar hiasna
SUNGAI PETANI: Seorang lelaki ditemukan maut dalam keadaan terduduk di tandas rumahnya di Taman Kelisa Ria di sini kira-kira jam 1.10 petang pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kematian mangsa disahkan pihak Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani setelah pemeriksaan dibuat di lokasi kejadian.
Menurutnya, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda bersama Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dihantar ke lokasi kejadian.
"Kejadian diadu jiran yang memeriksa rumah itu selepas isteri mangsa cuba menghubungi lelaki berusia 58 tahun itu sejak jam 11 pagi hingga 12.30 tengah hari, namun tidak berjawab.
"Disebabkan itu, isterinya telah menghubungi jiran bagi memeriksa keadaan mangsa.
"Ketika jiran masuk ke rumahnya mendapati pintu pagar besi bertutup dan tidak berkunci selain pintu utama tidak ditutup.
"Bagaimanapun, sebaik sahaja masuk jirannya terkejut apabila melihat keadaan ruang tamu yang berlumuran darah sebelum menghubungi ambulans," katanya.
Menurut Zaidy, mayat ditemui dalam keadaan terduduk sambil mukanya berada di dalam lubang tandas selain menemui kesan kelar pada tangan sebelah kiri.
Zaidy berkata, pemeriksaan lanjut telah menemui sebilah pisau potong kertas di atas lantai ruang tamu.
Mayat dihantar ke HSAH untuk proses bedah siasat. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#maut dalam keadaan terduduk
#tandas
#Zaidy Che Hassan
#kesan kelar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan