NATIONAL
Lelaki ditemukan meninggal dunia di rumah

Menurut polis, siasatan awal mendapati mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di rumahnya, namun, pemeriksaan awal tidak menemui sebarang kecederaan atau unsur jenayah pada tubuh mangsa. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun ditemui meninggal dunia di kediamannya di Bukit Beruntung petang, Ahad.
Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam lebih kurang 3.48 petang.
“Siasatan awal mendapati mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di rumahnya. Pemeriksaan awal tidak menemui sebarang kecederaan atau unsur jenayah pada tubuh mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Tambah beliau, pegawai perubatan yang hadir di lokasi telah mengesahkan kematian mangsa.Mayat kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu bagi tujuan bedah siasat.
“Hasil bedah siasat mengesahkan bahawa mayat berada dalam keadaan telah mereput (decomposed body),” katanya.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan pihak polis telah membuka satu kertas siasatan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60641223 bagi membantu siasatan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami