awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki dituduh pukul isteri guna ekor ikan pari sehingga cedera di perut

Astro Awani
Astro Awani
15/02/2018
07:05 MYT
Lelaki dituduh pukul isteri guna ekor ikan pari sehingga cedera di perut
Tertuduh Ruslan Ahmad 32 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali. - Foto Astro AWANI
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada isterinya menggunakan ekor ikan pari.
Tertuduh Ruslan Ahmad 32 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.
Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh telah memukul isterinya yang berusia 31 tahun sehingga cedera di bahagian perut pada Selasa lalu di rumah mereka.
Tertuduh Ruslan Ahmad 32 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.- Foto Astro AWANI
Tertuduh Ruslan Ahmad 32 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.- Foto Astro AWANI
Kejadian tersebut berlaku pada jam lebih kurang 9 malam di Taman Dato Rashid Salleh, Kuantan, Pahang.
Kesalahan dilakukan dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.
Bagi kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua darinya.
Manakala Seksyen 326A Kanun Keseksaan pula boleh dipenjara dua kali ganda hukuman penjara maksimum bagi Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hayati Abdullah.
Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 15 Mac depan//
Topic Berkaitan
#cedera
#cederakan isteri
#ikan pari
#Kuantan
#lelaki
#mahkamah
#Mahkamah Sesyen
#Pahang
#penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan