awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu FAM: Penyokong diharap tidak luntur semangat - Mohammed Taufiq
Ketua PBB beri amaran peningkatan ketegangan di wilayah Tigray, Ethiopia
Tiga lagi mayat ditemukan dalam operasi SAR MV Trisha Kerstin 3 yang karam di Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki hilang dipercayai dibaham buaya di Limbang

Bernama
Bernama
08/07/2025
14:00 MYT
Lelaki hilang dipercayai dibaham buaya di Limbang
Seorang lelaki dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya ketika sedang memancing di tebing sungai berhampiran Kampung Pandam petang tadi. - Foto hiasan
LIMBANG: Seorang lelaki dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya ketika sedang memancing di tebing sungai berhampiran Kampung Pandam di sini petang tadi.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan pada 3.13 petang.
"Mangsa dikenali sebagai Karim Osman, 58, dipercayai dibaham buaya semasa melakukan aktiviti memancing di tebing sungai. Saksi kejadian memaklumkan hanya barang-barang peribadi dan peralatan memancing milik mangsa ditemukan di lokasi," menurut kenyataan itu hari ini.
PGO JBPM Sarawak memaklumkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang tiba di lokasi yang terletak kira-kira 63 kilometer dari balai itu pada 4.30 petang bersama tiga anggota, sebuah bot dan sebuah kenderaan pacuan empat roda.
Menurut kenyataan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada hari pertama digerakkan sejauh satu kilometer ke hilir dari lokasi mangsa diserang buaya.
"Pasukan operasi melaporkan melihat seekor buaya timbul seketika dengan objek menyerupai jasad manusia berada di dalam mulut reptilia berkenaan. Bagaimanapun atas faktor keselamatan dan keadaan cuaca yang semakin gelap, operasi terpaksa ditangguhkan pada 6.17 petang," menurut kenyataan itu.
Operasi akan disambung semula pada esok pagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki hilang
#dibaham buaya
#Limbang
#Kampung Pandam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan