JOHOR BAHRU: Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas dipercayai sesat ketika melakukan aktiviti mendaki secara bersendirian di Gunung Pulai berhampiran Pulai Hijauan Skudai di sini, semalam.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Khairi Zainuddin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.53 malam sebelum sembilan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.
Beliau berkata mangsa, Lee Chin Chai, 56, melakukan pendakian seorang diri pada 7 pagi semalam selepas dibantu rakannya mengenai petunjuk arah dan dilaporkan menggunakan jalan pintas untuk ke puncak gunung berkenaan.
"Bagaimanapun, pada 7 malam, kakak mangsa yang khuatir tentangnya sempat menghubungi rakan-rakannya menerusi aplikasi WhatsApp dan menghantar gambar bagi mendapatkan maklumat mengenai adiknya.
"Mangsa telah menghubungi kakaknya pada 8 malam dan menyatakan bahawa dia tersesat semasa dalam perjalanan pulang serta sempat memberikan lokasi terakhirnya melalui aplikasi WhatsApp, selain memaklumkan telefon bimbitnya hampir kehabisan bateri," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Khairi berkata kakaknya turut menerima maklumat bahawa pasukan pendaki yang lain sempat melihat Lee di puncak gunung tersebut pada 10 pagi semalam.
Beliau berkata Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bersama agensi terlibat termasuk Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Syarikat Air Johor (SAJ) melakukan pencarian di darat dengan menggunakan teknik 'jungle trekking' ke lokasi terakhir mangsa dihubungi, pada 9.30 malam tadi.
"Setelah tiba, mangsa didapati tiada di lokasi terbabit, namun pihak ATM bertindak melepaskan tiga das tembakan bagi menarik perhatian mangsa.
"Pihak SAJ membuat pencarian di kawasan tasik menggunakan bot pada jarak 15 kilometer dari kawasan mangsa dipercayai hilang, namun masih belum dapat dikesan," katanya.
Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan dengan PKO dan semua agensi terlibat berkumpul semula pada 5 pagi tadi dan bertindak membuat pencarian di kawasan sekitar Ulu Choh.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 19 2022
Gunung Pulai kembali menjadi tumpuan pendaki dan pencinta alam sekitar selepas KBS mengesahkan bahawa mendaki adalah antara aktiviti sukan dan rekreasi yang dibenarkan oleh kerajaan bermula 15 Jun. Foto ini bertarikh 23 Julai, 2022. - fotoBERNAMA
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Henti projek kuari Gunung Baling dan Gunung Pulai beri implikasi undang-undang - Sanusi
Tindakan memberhentikan projek kuari batu kapur di Gunung Baling dan Gunung Pulai berkemungkinan akan memberikan implikasi undang-undang serta kewangan kepada kerajaan negeri.
Penduduk harap cadangan projek kuari di Gunung Baling dan Gunung Pulai tidak diteruskan
Penduduk di sekitar Gunung Baling dan Gunung Pulai mendesak agar kerajaan negeri memberi jawapan telus mengenai status projek kuari di dua gunung berkenaan.
Lelaki hilang ketika daki Gunung Pulai bersendirian
Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas dipercayai sesat ketika melakukan aktiviti mendaki secara bersendirian di Gunung Pulai berhampiran Pulai Hijauan Skudai di sini, semalam.
Bomba Johor nafi berlaku kejadian kepala air di Gunung Pulai
Video yang tular merupakan rakaman lama yang kembali dikongsi di akaun Facebook 'Demi Rakyat Johor'.
Empat pendaki sesat di Gunung Pulai ditemui selamat
Empat pendaki ditemui selamat selepas lima jam tersesat ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Pulai, Baling pada Jumaat.
Dua lelaki sesat ketika mendaki di Gunung Pulai
Dua orang lelaki dilaporkan sesat ketika melakukan aktiviti mendaki di Gunung Pulai di sini, petang tadi.
Selamatkan pendaki Singapura, 'jutaan terima kasih,' kata PM Lee
Pihak berkuasa Malaysia telah mengerahkan tenaga kerja dan sumber yang agak banyak bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).