awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahmad Zahid lancar buku Ijtihad Demi Rakyat
Polis tumpaskan aktiviti pelacuran warga Afrika di Bukit Bintang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki hilang ketika kenderaan dihanyut arus deras

Bernama
Bernama
31/12/2017
02:32 MYT
Lelaki hilang ketika kenderaan dihanyut arus deras
Kenderaan itu dijumpai kira-kira 30 meter dari lokasi ia dihanyutkan pada 4.35 pagi. - Gambar hiasan
Seorang lelaki berusia lingkungan 20-an hilang ketika kenderaan dinaikinya dihanyutkan arus deras di sungai di Kampung Sungai Bintosan Darat, Kota Marudu awal pagi tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Pasukan Gerakan Operasi JBPM menerima panggilan kecemasan pada 2.56 pagi dan Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu dikerahkan ke tempat kejadian kira-kira 16 km dari balai berkenaan.
Kesemua enam individu lain yang turut menaiki kenderaan jenis Toyota Innova itu bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dengan memecahkan cermin pintu kereta.
Kenderaan itu dijumpai kira-kira 30 meter dari lokasi ia dihanyutkan pada 4.35 pagi.
Mangsa yang masih hilang dikenal pasti sebagai Muhammad Asyraf Nurajim.
Katanya operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan serta punca kejadian masih disiasat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#arus deras
#hanyut
#Kota Marudu
#lelaki hilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan