awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki hilang selepas keluar cari kerang di Mersing

Bernama
Bernama
04/06/2024
10:35 MYT
Lelaki hilang selepas keluar cari kerang di Mersing
Operasi mencari dan menyelamat mangsa digerakkan sejak pagi tadi. - Gambar/ JBPM
MERSING: Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas keluar mencari kerang bersendirian di sekitar Pantai Tenglu Laut di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Mersing Supt Abdul Razak Abdullah Sani berkata pihaknya menerima laporan kehilangan Hafiz Nursalam Ahmad, 21, yang bekerja sendiri itu pada 12.55 tengah malam tadi.
Beliau berkata mangsa yang berasal dari daerah itu sering mencari kerang di kawasan berkenaan namun beliau dikatakan tidak pulang ke rumah selepas keluar sejak pukul 10 pagi Isnin.
"Keluarganya bertindak mencari mangsa di lokasi tersebut sebelum, namun hanya menemukan motosikal dan selipar miliknya.
"Bermula 8 pagi tadi, operasi mencari dan menyelamat diaktifkan melibatkan pelbagai agensi termasuk polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Maritim Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dengan kekuatan 48 anggota serta lapan bot, " katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II Mohamed Zainudin Ahmad dalam kenyataan berasingan berkata Pasukan Keluaran Operasi membuat pencarian di pesisir pantai menggunakan bot penyelamat bersama-sama agensi yang lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki hilang
#Mersing
#cari kerang
#lemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan